Manniissnye…!!! Antara Racun dan Sebaliknya

Posted on October 26, 2010

22



Assalamualaikum
Hari yang tenang dan mendung. Alhamdulillah semalam hujan turun di Bangi. Sebagai hamba-Nye kita patut bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah kerana negara kita jarang mengalami krisis air sebagaimana beberapa negara lain di dunia. Tetapi, adakah kita bersyukur?
Kali ini Si Tukang Tulis ingin berkongsi satu lagi topik bersama sahabat semua. Seperti yang diketahui ramai, kita rakyat Malaysia sangat sinonim dengan gula. Kehidupan seharian kita berkisarkan tentang gula. Dari teh tarik hingga ke gulai kuih-muih. Macam-macam air berkabonat menjadi pilihan, Coca-cola, pepsi dan sebagainya. Kesannya, ramai yang menghidap kencing manis (diebetes melitus type 2) dan ada juga yang hilang nikmat kaki kerananya…semoga dijauhkan. Untuk menjauhinya, kita masih berat untuk melupakan gula maka kita bertukar kepada artificial sweetener atau gula tiruan.
Gula tiruan merupakan bahan yang memberikan rasa manis pada deria rasa kita tetapi tidak mengandungi karbohidrat (glukosa, sukrosa dan sebagainya). Rasa manis yang berkali ganda daripada gula biasa dan kos penghasilan yang murah menjadikan gula tiruan semakin terkenal dan digunakan dalam industri pemakanan. Contoh-contoh lain gula tiruan sucralose, saccharine, cyclamate dan  acesulfame-k. Antara gula tiruan yang terkenal dan penuh kontroversi ialah aspartame Walau bagaimanapun, gula tiruan aspartame ini adalah hasil gabungan 50% phenylalanine (amino acid), 40% aspartic acid (an amino acid) dan 10% methanol (alkhohol @ bahan nyah cat).  Terdapat juga kajian yang cuba membuktikan kesan pengambilan gula tiruan dengan munculnya sel-sel kanser. Adakah ia juga menyebabkan kanser? Berikut adalah sedikit penerangan tentang bahaya ketiga-tiga bahan tadi:
  Phenylalanine  
  • Pengambilan berlebihan menyebabkan paras serotonin berkurang dan seterusnya menyebabkan kemurungan, keresahan, insomnia, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
  • Paras serotonin rendah juga menganggu kawalan pemakanan harian dan menyebabkan sugar/carbohydrate craving dan seterusnya kegemukan.
  • Menyebabkan kecacatan mental kepada pesakit phenylketonuria
  • Bagi ibu mengandung, menganggu pertumbuhan otak bayi
  •  Pesakit diabetes tidak sepatutnya mengambil aspartame menggantikan gula

Aspartic acid

  •  Dalam badan, aspartic acid akan bertukar kepada aspartate yang penting dalam fungsi saraf dan otak. Kelebihan aspartate akan menyebabkan penjanaan radikal bebas yang tinggi dan seterusnya menyebabkan sel otak mati. 
  • Simptom kerosakan otak antaranya ialah Kerosakan sel-sel otak , Multiple sclerosis , Masalah memori, Masalah-masalah hormon, Masalah pendengaran, Sawan, Penyakit Alzheimer, Penyakit Parkinson , Nyanyuk , Gangguan komunikasi antara sistem saraf dan endokrin, hilang keseimbangan badan dan rabun yang kritikal

Methanol
  • Aspartame terurai kepada methanol apabila bertindak balas dengan enzim dalam usus. Methanol lebih beracun dari ethanol ini kemudian diserap ke dalam aliran darah pada kuantiti yang tinggi tetapi dinyahkan dari tubuh pada kadar yang rendah. 
  • Masalah keracunan methanol yang utama ialah penglihatan kabur, pengecutan dimensi penglihatan, kerosakan retina dan buta. 
  • Masalah-masalah lain ialah sakit kepala, telinga berdengung, pitam, loya, gangguan sistem penghadaman, lesu, seram sejuk, gangguan memori, kebas pada jari-jari tangan dan kaki, gangguan perangai, sel-sel saraf membengkak dan fungsinya terganggu.

Daripada perkongsian ini, Si Tukang Tulis berpendapat bahawa:-

  1. Gula tiruan tidak baik untuk kesihatan.
  2. Gula tiruan menjadi pilihan industri makanan dan minuman
  3. Gula yang digunakan dalam minuman berkarbonat adalah gula tiruan
  4. Memastikan kandungan jenis gula dalam produk yang dibeli seperti kandungan aspartame, sacharin, sucralose, Acesulfame potassium (Ace-K), Neotame dan Rebaudioside (Reb A atau rebiana) 
  5. Mengurangkan atau menghentikan minuman berkarbonat (air tin, air botol…kepci, McD…Huhuhu…)
  6. Menggantikan gula dengan madu πŸ™‚

Sekian sahaja dari Si Tukang Tulis. Jom kongsikan dengan rakan lain πŸ™‚

Rujukan :
http://ezinearticles.com/?Sweet-Deception—Artificial-Sweeteners&id=3701595
http://herba-e.blogspot.com/2009/03/keburukan-pemanis-tiruan-aspartame.html
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20886530

Posted in: MyScienceArticle