What did I do to get 11 BE in 4 month?

Posted on October 29, 2010

18



Assalamualaikum…

Hari yang indah dan dingin…Beberapa hari lepas Si tukang Tulis kene ‘serang’ ngan sahabat blogger sebab dapat banyak BE….Sebenarnya Si Tukang Tulis pun tak pasti apa yang berlaku tapi tetap bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada Nuffnang :)(http://furdunesia.blogspot.com/2010/10/11-be-dan-me-dalam-4-bulan.html) .Ramai yang mintak tips dan sebagainya tapi hakikatnya Si Tukang Tulis bukanlah ‘orang lama’ dalam blog ni. Baru 4 bulan, bulan ni masuk 5 bulan. hehehe. Banyak benda nak kena belajar lagi.

Ambik dari eyriqazz.com
Untuk tidak mengecewakan sahabat yang bertanya, Si Tukang Tulis berkongsi apa yang pernah dilakukan…Apa yang Si Tukang Tulis buat semua adalah dari nasihat blogger otai yang banyak buat en3 pasal BE ni. Jadi korang bole la cari kat google.
Secara umumnya, sesiapa yang join Nuffnang pasti teruja jika mendapat BE. Sebelum ni, ramai yang sibuk pasal click fraud dan sebagainya untuk menambah pendapatan. Sejak diberi amaran, kurang sikit kot. Hehehe…Buffered Earning (BE) pula kempen yang pendapatan bergantung pada jumlah mereka yang bertandang ke blog. Lagi ramai lagi lumayan! (Bahagian ni yang Si Tukang Tulis kalah Hahaha…) manakala Metered Earning adalah BE yang tamat tempoh kempennya.

Amik dari duniadayat.com
Ok, Jangan buang masa, kita tengok apa Si Tukang Tulis Buat…
  1. Cuba susun dan blog supaya mesra pendatang pembaca. Kena melabur sikit kalau nak header cantik dan sebagainya. Kritik blog sendiri sebagai pembaca, dari segi loading, pilihan warna beserak ke tak dan sebagainya. (tapi ni pada Si Tukang Tulis je…FO ni pun bukan lawa.hehehe)
  2. Update survey nuffnang mengikut kesesuaian blog. Pada awalnya Si Tukang Tulis pun tak tau nak update ape, lepas 2 3 bulan baru perasan dari segi jenis pembaca, jumlah en3 dan sebagainya. Yang penting jujur…(jgn jual mahal2 sgt.hehehe…)
  3. Tanya kat nuffnang blog sesuai tak untuk pengiklan. Diaorang mesti balasnye. Jadi jangan risau…nak pancing ikan beso, kena hulur tangan sikit :p
  4. Pastu cuba tengok ranking blog sendiri. Macam2 bole guna, Alexa, Google PageRank dan sebagainya. Si Tukang Tulis pakai Alexa. Dalam masa yang sama install toolbar Alexa. Jadi bila kita BW bole tengok rank blog sekali. Dari sini Si Tukang Tulis perasan blog2 yang dapat banyak BE, Alexa rank dia agak power la…tapi tak semestinya. Hehehe ada orang kata Alexa tak betul…
  5. Cuba upgrade SEO blog. yang ni ada macam2 cara. Antaranya ialah metatag, keyword dan sebagainya. Pastu kena rajin ping kat memana sahaja yang boleh ping. Bole juga guna pingsite mcm (ni salah satu cara nak upgrade seo dan alexa rank)…Masa awal2 dulu, Alexa FO >2juta, lepas 3 bulan dah jd >800k. skrg dah naik >500k. berbeza kan?
    1. http://pingomatic.com/
    2. http://pingler.com/
    3. http://blogged.my
    4. http://innit.nuffnang.com
    5. http://host-tracker.com
    6. http://www.feedping.com
    7. http://just-ping.com
    8. http://gosipforum.blogspot.com/
    9. Facebook (Si Tukang Tulis pakai Networkedlogs application) dan FB blog2 spt gengblogger dan sebagainya
Ini semua hanya dari pengamatan Si Tukang Tulis dan hasil eksperimen dengan macam2 tips blogger seperti di atas. Tapi sudah pasti ada ‘walkthrough‘ yang lebih lengkap dan lebih baik dari ini. Sudah pasti ada kekurangan dan Si Tukang Tulis mohon maaf…hakikatnya, segala perkara datang dari Allah dan kita hanya berusaha memperolehnya. Jika sahabat cuba apa yang Si Tukang Tulis buat, berhasil dan mendapat manfaat…kongsilah dengan rakan yang lain. Tiada istilah hakcipta di blog ini🙂 Alhamdulillah, sekarang ni pun ada lagi BE yang melekat…tapi…next time la pulak ye :p
Tips menarik dan lebih jelas di :
Posted in: MyNuffnang