Panda menari2 kegembiraan…Hati-Ku gundah mencari penyelesaian

Posted on August 23, 2010

7



Assalamualaikum…
Sebenarnya takda benda nak di bincangkan hari ni, sekadar mengisi masa lapang. hati tengah gundah sebab bos (ketua pusat BsBt) minta tukar bidang pengajian. Sebelum ni dah dapat offer dalam bidang genetik virus kat Uni of Surrey. walaupun dah ada offer, biasiswa takda…kene la tunggu.  Tapi kini aku perlu bertukar kepada bioproses. walaupun rasa macam rugi…tapi mungkin ada hikmahnya. Nak kata sedih tak juga, gembira pun tak juga…apa yang patut aku rasa? 
Bila difikirkan semula, mungkin inilah peluang untuk mencapai apa yang pernah diimpikan. Mempelajari bidang biologi + fizik dan kimia sekali gus, menghasilkan produk yang bermanfaat dan juga menguji teori-teori bodoh yang pernah aku fikirkan. Sebelum ni pengkhususan dalam bidang biologi molekul, main dengan DNA (lagi besar badan, lagi jauh belajar, lagi mikro benda yang aku kene buat :s ), eksperimen berdasarkan nasib (molecular is more luck and technique) dan memikirkan apa yang boleh aku bawa dalam bidang ni pada masa depan. Bila bos suruh tukar je, macam-macam perkara terhambur keluar dari kotak pemikiran… Mungkinkah ini yang aku cari selama ini? 
Masalah utama adalah kepakaran dalam matematik, rumus dan sebagainya. Aku tak minat sangat Math ni…bukan tak reti, cuma cuai. (macamlah pandai sgt :p). Nak tak nak aku kene buat gak! Maka kini sedang sibuk mencari tempat dalam bidang bioproses. Aku bercadang untuk membuat pengkhususan dalam bioproses sel haiwan ataupun dalam pigmented bacteria. Tapi aku percaya, ada banyak lagi benda yang belum pernah aku jumpa. Tapi di mana perlu aku mulakan? setakat ni hampa. dah 2-3 orang aku cuba tanya tapi sampai sekarang masih membisu.
Aku percaya segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya, tambah-tambah dalam bulan puasa ni…Aku akan teruskan pencarian. jika ada sahabat yang sudi berkongsi atau membantu…usaha anda saya dahulukan dengan terima kasih. Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang besar. Buat sementara waktu ni, aku mahu mencari…berfikir dan membuat keputusan….serta melayan panda menari. moga hatiku juga akan menari tak lama lagi 🙂
Posted in: MyDiary