Biarla Sapi dapat nama…aku bukan lembu!

Posted on November 3, 2010

14



Assalamualaikum
Hari yang penuh dengan kisah2 tersirat…pagi ni terbaca satu en3 pasal speed trap dari blog rakan bernama syamsul . Tetiba gelak sorang-sorang lepas baca en3 dia. kepada sesiapa yang terasa sedih dan perlukan ubat (Laughter is the best medicine they say) bole la terjah di (http://www.under-8.com/2010/11/speed-trap.html).

Ok, berkaitan dengan en3 speed trap tadi, Si Tukang Tulis nak bawa satu isu yang lebih kurang sama. Kalo dalam en3 syamsul ‘evo10 punya pasal kelisa tumpang tui‘ kali ni ‘Lembu punya susu, sapi dapat nama‘. Pasti ramai yang paham maksud pepatah ni kan…secara ringkasnya, Si Tukang Tulis pun pernah makan hati dalam hal ni. Kita penat-penat buat keje, curah idea sampai kering, duduk buat keje sampai tak makan, tak mandi tak tido, ORANG LAIN dapat nama. Jika sahabat yang kena, apa yang sahabat semua rasa dan akan buat?
Pasti ramai yang tak puas hati dan sebagainya termasuk Si Tukang Tulis sendiri…Tapi Si Tukang Tulis ingatkan diri sendiri bahawa ini sebenarnya satu cara Allah nak didik kita dalam mengenal erti keikhlasan. Satu anugerah kepada kita untuk menjauhi sifat riak dan takbur dengan ‘nama’ yang sepatutnya kita miliki. Bayangkan jika kita yang dapat ‘nama’ dan disanjung, pasti mula terdetik sifat riak dan takbur pada diri dan merasa gah dapat jadi lebih baik dari rakan sekerja yang lain. Jadi bersabarlah jika kita terkena dan katalah pada diri bahawa Allah sedang mengajar ikhlas dan menjauhkan kita dari sifat mazmumah. Jadi sekarang kita tukar sikit…Biarla sapi dapat nama, Si Tukang Tulis & anda bukan lembu πŸ™‚
Jika di teliti, mereka yang suka tikam belakang ni akan terus menaiki tangga kejayaan hasil dari ‘mangsa-mangsanya’ tapi kita kena ingat,. Lagi tinggi dia panjat, lagi tinggi tempat dia jatuh…maka sedarlah bahawa apa yang ada di dunia hanya sementara dan akhirat jualah destinasi cinta terakhir kita sebagai hambanya.

“A fake hero always has bigger voice than the silent hero”
Posted in: MyDiary