Phoenix Bangkit Kembali…!!!

Posted on January 13, 2011

6



Assalamualaikum…
Macam gah tajuk en3 hari ini, hehehe…Ok. Jangan ambil kisah dengan burung yang selalu kita dengar dalam cerita filem atau novel Harry Potter ni. Si Tukang Tulis berkenalan dengan Harry potter ni masa sekolah menengah. Masa tu mak bawa Si Tukang Tulis ke kedai buku dan dia suh Si Tukang Tulis cari buku untuk di baca. Masa itulah Si Tukang Tulis jumpa buku Harry Potter siri ke-3. Sejak tu, mak pula berat nak bawa ke kedai buku. sebab kalau pergi kedai buku, mesti cari sambungan Harry Potter…buku tu kan mahal. Tapi mak Si Tukang Tulis tak pernah merungut jika anaknya ini mahu beli buku…terima kasih ibu🙂
Ok, kita tinggalkan sebentar kisah silam Si Tukang Tulis, kali ini Si Tukang Tulis terasa nak berkongsi tentang ‘Bangkit Kembali’. Ini bukan kisah mayat bangkit kembali dan sebagainya, tetapi bangkit kembali selepas jatuh ke lembah kegagalan. Pasti ramai yang pernah merasai kegagalan atau kejatuhan moral (tak bersemangat, bukan jadi budak jahat) selepas beberapa ketika. Tetapi tak ramai yang bangkit kembali mencabar dugaan yang di hadapi. Kebanyakan dari kita lebih suka menarik diri atau melarikan diri.
Mari kita buat sedikit andaian, satu masa anda berjalan melintas di jalan raya. Tetiba anda jatuh di tengah jalan dan ada lori balak sedang menghampiri. Pasti kita akan terus bangun dan mengelakkan kecelakaan tersebut. Tapi, hakikatnya, apabila kita terjatuh, kita akan rasa pening2 jap dan tak sempat berfikir apa yang menghampiri. persoalan yang hadir hanya “Kenapa aku tetiba jatuh???” atau “Aduh!…sakitnya lutuk aku!”…kesannya, kita tak sedar lori yang menghampiri. Maka ketika inilah bantuan orang ramai diperlukan. Ada yang menjerit suruh anda bangun, ada yang cuba tarik tangan anda supaya selamat dan mungkin ada yang bertindak cuba memberhentikan lori tersebut.
Begitu juga apabila kita jatuh dalam lembah kegagalan. Kita memerlukan masa untuk bangkit kembali dan ada masanya, masa adalah unsur yang sangat ‘sombong’. Sama ada kita kejar masa tersebut atau dia akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Seorang yang ‘jatuh’ ini sebenarnya memerlukan masa untuk pulih kembali. Adakalanya, faktor masa ini yang menyebabkan kita memilih jalan untuk melarikan diri atau menarik diri. Oleh itu, peranan orang luar di perlukan untuk membantu kita bangkit semula selepas jatuh. Bantuan ini boleh berbentuk motivasi, suntikan modal, memberi ‘telinga’ untuk diluahkan dan mungkin juga hanya sekadar pelukan. Sekiranya anda bertemu dengan mereka yang jatuh ini, cubalah beri bantuan kepada mereka. Walaupun dalam bentuk kata-kata “Awak ok?Ada pape yang boleh ditolong?”. Ia sangat bermakna🙂
Akhir kata, kebangkitan seseorang bukan sahaja disebabkan oleh diri sendiri. Malah, terdapat banyak individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu mereka. Jadi, ringankanlah diri anda untuk membantu sahabat anda walau dengan kata-kata semangat. Mungkin satu hari nanti, anda pula yang memerlukannya🙂
Posted in: MyMotivation