To-Do-List: Banyak lagi belum siap

Posted on January 12, 2011

3



Assalamualaikum…
Alhamdulillah, sempat gak merapu kat sini jap. Seperti tajuk en3 ini, Si Tukang Tulis sedang menyiapkan tugasan yang perlu dilakukan sebelum bermulanya cuti panjang (Cuti dari bekerja, Mula untuk belajar). Setelah hampir 2 tahun Si Tukang Tulis goyang kaki sebelum kena kerah bekerja, kini semakin hampir masanya untuk mula mengerah segala keringat dan otak untuk belajar balik! Apakah nasib Si Tukang Tulis lepas ni…Apalah nasib bos-bos nanti. hehehe
Bila dah lama tak belajar, otak pun dah mula kenyal2 dan lambat untuk berfungsi.  Badan pun dah malas nak kembali kepada rutin sebagai pelajar. Nasib baik kerja Si Tukang Tulis mewajibkan sambung belajar. Kalau tidak…dah lama dah jual roti dan buka bakery je. hehehe…
Setakat ni, beberapa borang sudah di selesaikan. cuma tinggal borang PtPtn yang belum dihantar (Kang kena BlickList baru tau). Mak pula dah pesan supaya mula kemas barang di rumah sewa sikit-sikit. Banyak gak buku-buku dan khazanah peribadi yang berlambak…Malasnya nak kemas…Malasnya nak bawak semua balik rumah…
Kalo tadi barang yang nak di bawa balik, ada banyak juga barang yang nak dibeli…alahai…cukup tak modal ni?Apa yang nak di beli…dah la Si Tukang Tulis ni tak pandai nak buat senarai-senarai barang. Selama Si Tukang Tulis belajar, belum pernah berjaya membuat senarai yang akan diikuti sepenuhnya atau jadual waktu yang akan di patuhi. Setiap kali mesti main terjah je. Kali ini tak terkecuali. 
Wahai diri yang kerdil ini…bila lagi la kamu nak berubah…
Posted in: MyDiary