Terasa Hati Dengan Cik Tom

Posted on January 7, 2011

6



Assalamaualaikum…
Pertama sekali, abaikan tajuk en3 kali ini. Tiada maknanya Si Tukang Tulis nak terasa hati dengan Cik Tom. Malah, nak berterima kasih sebab ingatkan Si Tukang Tulis tentang berat badan blog. Badan memang dah susah nak kuruskan, cuma blog je senang nak kuruskan. Ngehehe…
Sebenarnya hari ini Cik Tom sudi buat satu en3 tentang menguruskan Blog sesuai dengan permintaan Si Tukang Tulis sebelum ini untuk BlogLarian. Dengan gembiranya hari ini Cik Tom dah berjaya melakukannya dan memang tips-tips yang diberikan sangat releven. Terima Kasih Si Tukang Tulis ucapkan. Tips ini juga sudah ditampal di BlogLarian🙂
Untuk Si Tukang Tulis, header blog besar sangat, tu yang lambat nak loading  Jadi hari ini, Si Tukang Tulis sudah mengecilkan header. Mungkin ada lagi yang boleh dilakukan tapi cukup dulu setakat ini dengan mengecilkan header.
Untuk itu, Hari ini Si Tukang Tulis nak isytiharkan sebagai Hari Menguruskan Badan Blog!…untuk Si Tukang Tulis je dan sesiapa yang tergerak hati untuk melakukannya🙂 Jika berminat nak ketahui tips dari Cik Tom, sila layari Tips Menguruskan Badan Blog oleh Cik Tom.
Hendaklah kita ingat sesungguhnya, aktiviti penulisan blog ini sebagai satu medium untuk kita berkongsi maklumat dan ilmu. Maksudnya, sebagai penulis, kita mahukan penulisan kita dibaca. Jika blog kita lambat loading dan sebagainya, maka berkuranglah pembaca kita dan begitulah sebaliknya. Macam dalam hidup kita juga, jangan menyukarkan perkara yang senang dan jangan meremehkan perkara yang mudah.
p/s: Cik Tom…jangan ambil hati dengan tajuk en3. Terasa hati tu maksudnya Si Tukang Tulis nak berterima kasih. Tajuk sebenar ialah terasa hati untuk berterima kasih dengan Cik Tom…tapi panjang sangat. Hehehe
Posted in: MyBlogLife