Dah Tak Cukup Kaki Dah Ni…!!!

Posted on January 7, 2011

4



Assalamualaikum…
Alhamdulillah…sempat gak nak berehat di sini. Sebenarnya banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat ini. Terlalu banyak sampai tak cukup kaki. Boleh pulak pagi tadi terlajak tido lepas subuh…(sape suh tido pas subuh!). Ingat jam 8 pagi, sekali tengok jam pukul 11pagi! Tengok tingkap, cerah macam 7 pagi…pening jap. Ingat telefon rosak…sekali cuaca mendung!
Kelam kabut di buatnya. Ingat pagi-pagi nak buat medical checkup, sekali lambat sangat ni…Takpe, sempat lagi. Sampai klinik, ada borang takda, cari punya cari pun takda. sekali tanya pejabat, rupanya memang takda borang. aduh…tebuang lagi masa…Pergi klinik nak daftar, dia lak kata ada ujian tak buat kat situ…
Terpaksa Si Tukang Tulis pergi ke Hospital Swasta Az-Zahra di Bangi. Tapi ok gak hospital ni, sejuk je. nurse semua pakai tudung dan sopan-sopan belaka. Yang paling penting, kerusi menunggu dia lagi sedap dari tilam kat umah…Terpaksa tunggu sampai 2 jam…
Siap check up, petang ada amali pula…tak cukup kaki nak kejar masa. Sampai pun lewat 30min. Nasib baik tak kena marah. hahaha. Tengah masyuk jaga lab ada la pulak budak buat hal…tak pasal-pasal termarah dia. Kepada adik yang disayangi,Minta maaf…bukan niat nak marah, tapi itulah hakikat belajar dan kamu tak sedia sebelum amali. Lepas ni jangan buat lagi ye…
Malam ni tak tau plan camne…Tapi dari ptg tadi terbayang ayam MegaMix KFC :p
p/s: Segala urusan BlogLarian akan tergendala sedikit. Harap maaf…
Posted in: MyDiary