Komen Balas dari Shin

Posted on January 4, 2011

2



Assalamualaikum…
Jika pagi tadi Si Tukang Tulis berkongsi tentang Dalam meminta, Kita lupa Memberi . Kali ni, Si Tukang Tulis ingin berkongsi komen menarik dari sahabat Shin yang sudi bercerita satu kisah sahabat Nabi, Saidina Ali. Mari kita selami kisah ini…
********************
cite ni masa shin skolah2.. ustad shin cite.. dengar dengar gitu jer.. sbb leka memain dalam kelas..

Saidina Ali merupakan menantu Rasulullah S.A.W, berkahwin ngan Fatemah.. anak Rasulullah.. walau pun beliau org yg terhormat.. tp gaya hidup beliau tak menonjolkan hidup yg sepatutnya bagi orang yg terhormat.. harta banyak dihabiskan besedekah dan ke jalan Allah..

satu hari.. Fatemah teringin nak makan buah Tin ( x ingat.. buah Tin ker buah Zaitun or Delima ).. sbb xde duit.. Saidina Ali pegi pasar la.. dapat la sebijik utk isteri tercinta

pastu.. semasa jalan pulang.. ada la pengemis.. mengadu.. lapar.. x makan.. kerana kasihan.. saidina Ali bagi la buat tersebut.. dia xde pk panjang..

balik umah jer.. dia bagitau la Fatemah yg buah tersebut dia dah bagi kat pengemis.. Fatemah x mengeluh pun.. mungkin bukan rejeki..

tak lama pastu.. tetiba ada orang ketuk pintu.. ada la sorang sabahat ni.. bawak something utk saidina Ali sekeluarga..

dalam piring tu ada buah Tin.. banyak.. pastu Saidina Ali bertanya pada sahabat tu.. kenapa buah Tin tu ada 9 bijik jer dalam piring.. sepatutnya 10…

pastu sahabat tadi tersenyum.. dia simpan lagi sebijik.. dia saja nak uji Saidina Ali…

nak tau x? naper saidina Ali leh tau patutnya ada 10 bijik??

sbb Allah dah janjikan.. kalo kita wat 1 kebajikan.. Allah akan balas ngan 10 kali ganda pahala.. sbb tu dia tau.. dia dah sedekahkan 1 bijik buah Tin.. dan Allah akan balas ngan 10 buah sbg ganti.. camtu la perumpaannya..

so.. buah Tin tersebut sebenarnya.. rejeki Allah beri pada Saidina Ali atas kebaikkannya..

cuba kita renung.. pemerintah, menteri2 kita.. hampir semua kaya raya.. duduk umah besar.. makan mewah mewah.. pakai mewah mewah.. x mencontohi pun pemerintah zaman kegemilangan Islam~

Tamat 

p/s: Jom terjah Blog Shin di http://budak-shinchan.blogspot.com
Posted in: MyDiary