Dalam meminta, Kita lupa Memberi

Posted on January 4, 2011

8



Assalamualaikum…
Alhamdulilah, dapat juga mencuri kesempatan untuk update en3 ringkas pada hari ini sebelum Si Tukang Tulis memulakan langkah hari ini. Selama kita hidup, pasti pernah kita meminta sesuatu daripada ibu bapa kita, rerakan dan pasangan suami atau isteri, malah kita juga senantiasa meminta daripada Allah swt. 
Dalam keadaan sedar atau tidak, kita sering meminta sesuatu yang belum kita perolehinya dan kadang-kala selepas kita memperolehinya, Bagaimana kita menunjukkan kesyukuran tersebut? Salah satu cara kita bersyukur adalah dengan diri kita pula memberi kepada orang yang memerlukan. 
Bentuk pemberian tidak semestinya dalam bentuk material. Kekadang pemberian berbentuk subjektif lebih bernilai kepada orang yang kita beri itu. Mungkin mereka lebih memerlukan kasih sayang berbanding wang ringgit, mungkin si dia hanya memerlukan ucapan-ucapan motivasi berbanding intan berlian dan mungkin seseorang hanya memerlukan anda diam daripada anda menjaga tepi kain mereka…
Maka, Si Tukang Tulis ingin berpesan kepada diri sendiri dan rakan yang membaca, Dalam kita sering meminta, janganlah lupa kita memberi. Kerana Allah pasti akan menambah lagi apabila kita bersyukur kepada-Nya dan berkongsi kegembiraan kita dengan mereka di sekeliling kita🙂
Posted in: MyMotivation