Memoirs of 2010

Posted on January 1, 2011

7



Assalamualaikum…

Lagi beberapa jam tahun 2010 akan pergi meninggalkan kita. Perginya bersama pelbagai kenangan manis dan pahit buat Si Tukang Tulis. Umur juga semakin meningkat dan tertanya-tanya, adakah iman dan amal juga meningkat atau sebaliknya?…Tiada guna menyesali yang telah berlalu selain menjadikan ia sebagai peringatan dan sempadan untuk terus maju ke hadapan.

Antara kisah Si Tukang Tulis sepanjang 2010 ialah:

Januari 2010
Sebulan selepas pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan di bahu, Sekarang dah sihat alhamdulillah.

Februari 2010
Berjaya menduduki IELTS dan dapat band 7.0! Sendiri pun tak percaya :p

Mei 2010
Bercuti ke Terengganu sempena housemate punya majlis dan secara rasminya terkeluar dari Persatuan Bujang Selangor…hahaha. Pergi ke sana dengan memandu bersama housmate yang lain, jumpa tempat nasi ayam bakar yang sedap sehingga masih teringat sampai sekarang dan makcik jual sata yang sangat baik…Makcik punya sata memang yang tersedap lah!

Jun 2010
Terlibat dalam penganjuran Simposium Biologi Gunaan Malaysia, Pengalaman pertama menjadi SU memang sangat manis. Simposium berjalan lancar dan dapat bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertama kali memandu ke Kelantan bersama Padel dan Herry serta bercuti walaupun sehari sahaja selepas simposium tamat.

Buat pertama kalinya mewujudkan blog ini:)

Julai 2010
Akhirnya Herry selamat di terbangkan ke Australia untuk menyambung pelajarannya di sana…Sampai hati ko pergi meninggalkan daku di sini sorang-sorang…

September 2010
Sekali lagi jadi bidan terjun untuk uruskan satu seminar di UKM. Seminar UKM-UNRI dan bertugas sebagai SU AJK Saintifik…buat buku prosiding dalam masa seminggu! Tak tido malam siapkan benda ni😦 Tapi semua berjalan lancar dan sekali lagi dapat berjumpa dengan orang yang hebat-hebat.

Oktober 2010
Terlibat dalam satu kemalangan di Seremban. Kereta kesanyangan Si Tukang Tulis jadi macam sandwich! Tapi sekarang dia dah kembali comot.

Disember 2010
Akhirnya…apa yang ditunggu-tunggu kunjung tiba…nantikan pada 2011🙂

Cuba teka, Gambar apakah ini?
Posted in: MyDiary