Mana Yang Hilang Kan Berganti Lagi

Posted on December 29, 2010

2



Assalamualaikum…
Pagi ni, Si Tukang Tulis nak berkongsi sedikit. memandangkan semester di Universiti baru seminggu bermula. Pasti ramai yang dah dapat result dan sebagainya. Ada yang gembira sakan dan tak kurang yang sedih sesangat sebab result tak sampai target. Kepada mereka yang berjaya, tahniah diucapkan dan pada mereka yang kurang berjaya, jangan berputus asa selagi hayat dikandung badan🙂
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seperti roda ini, kita akan berdepan dengan kegagalan suatu hari nanti. Tapi kegagalan hanya perkataan untuk mereka yang tidak berusaha dan tidak merancang untuk berjaya. Bagi mereka yang merancang dan tidak berjaya, yakinlah, kegagalan yang di sangka ini satu ujian untuk menyediakan diri anda supaya lebih tabah dengan dugaan yang akan mendatang di kendian hari.
Tak guna kita menyesali susu yang sudah habis di minum tumpah. Tapi ambillah pengajaran dan bangkitlah untuk berjuang pada fasa yang seterusnya. Jika dulu malas belajar, rajin-rajinkan. Jika dulu tak buat study group, ajak-ajak kawan buat study group, jika dulu rajin ponteng kelas, sekarang rajin-rajinlah jumpa pensyarah. 
Kekadang kita lupa, cuba kita tanya kenapa kita belajar? Kenapa kita masuk Universiti ini? Kenapa kita dikurniakan nikmat hidup di dunia ini? Ambil kerusi dan fikir-fikirkan. Kita hidup ini untuk beribadah pada Allah. Belajar juga merupakan satu ibadah. Tapi setiap ibadah perlu disertakan dengan niat. Dan inilah yang sering kita terlupa. Kita terlupa niatkan dalam diri ini “Aku belajar di sini untuk menuntut ilmu Allah kerana Allah swt”. Mungkin inilah penyebab kita susah nak faham dalam pelajaran dan susah nak mengingatinya. Kerana kita lupa minta ‘ilmu’ tersebut dari Allah swt yang memilikinya…
Mulai hari ini, apabila anda keluar berjalan ke kuliah, sama-sama kita pasang niat kita apa yang kita lakukan, apa yang kita belajar adalah kerana Allah swt…apabila kita nak melakukan ibadah, hindar-hindarkanlah diri daripada sifat mazmumah atau sikap-sikap yang tidak baik, berpakaian dengan sopan dan menutup aurat dengan sempurna. Mungkin kita rasa “Alah, benda kecik je…orang tu tak tutup aurat cemerlang gak!” Tapi hakikatnya, kita belajar untuk berjaya di dunia atau untuk dunia dan akhirat? Fikir-fikirkan…
Semoga Bahagia…
Posted in: MyMotivation