Sate U.K: You Make Me Sad!

Posted on December 28, 2010

14



Assalamualaikum…
En3 emo sikit malam ni…Ingat tak dulu Si Tukang Tulis ada buat satu en3 pasal restoran sate U.K atau sate urat ketin? Jika belum pernah baca, cuba rujuk en3 ini. Jom Cop Kedai…!!!…Sate Urat Ketin…Btol ke lg sedap?.

Hari ini Si Tukang Tulis berterima kasih kepada Herry yang sudi belanja makan sate U.K lagi…(Sebenarnya lupa nak bayar kat dia lepas makan). Walau bagaimanapun, Si Tukang Tulis terkilan kerana rasa malu bawa kawan makan di kedai tersebut. Dulu memang sedap! 1st class, daging dia lembut dan cukup rasa rempah sehinggakan siapa yang makan pasti teringat sate tersebut. Tapi hari ini, kedai tersebut telah berjaya merealisasikan ungkapan ‘Orang Melayu cepat lupa!’. 

Ini bukan kali pertama. Masuk kali ini, dah kali ke-3 SI Tukang Tulis merasa terkilan. Sebelum ini masih bersangka baik dan mengharapkan mereka cuba kembali ke jalan yang benar resipi asal. Kini, sate U.K hanya tinggal kenangan. Sudah tiada beza dengan sate terkenal di kajang yang hanya mahal dan komersil disebabkan oleh branding. Tiada lagi daging yang lembut, enak, berempah dan mengecurkan air liur kami. Si Tukang Tulis memang terkilan kerana umur kedai tersebut tak sampai 2 tahun…sedih mengenangkan sikap segelintir peniaga melayu.

Kepada rakan pembaca, apakah penyelesaian kepada sikap buruk ini? 
Si Tukang Tulis kini kembali mengembara mencari Sate Terbaik untuk dikongsi bersama… 

Sedih….
Hanya tinggal kenanga dan memori indah…akan ku tunggu bila kamu kembali nanti…