FeedBack dari Penyewa Rumah BlogLarian

Posted on December 26, 2010

20



Assalamualaikum…
Akhirnya, selesai jugak Si Tukang Tulis menjengah semua peserta autoping BlogLarian di FB. Pening jap…Ok, selesai menjengah mereka dan membaca komen tentang keburukan dan kebaikan BlogLarian, Si Tukang Tulis akan merumuskan sedikit hasilnya.
Sebelum itu, Si Tukang Tulis buat macam ni bukan saja-saja, pertamanya Si Tukang Tulis nak tahu berapa ramai yang betul-betul menggunakan BlogLarian. Mungkin ada sebahagian yang menyertainya hanya semata-mata untuk mendapatkan trafik free. tapi percayalah, bila semakin ramai yang mendaftar. Pasti semakin kecil peluang untuk mendapat trafik free. Secara mudahnya, mereka yang mendaftar autoping di FB adalah mereka yang aktif berblogging di samping aktif menggunakan BlogLarian. Terima kasih diucapkan.
Hasil dapatan kajian (cewahh!)
  • Secara umumnya ramai yang berpuashati dengan kebolehgunaan BlogLarian. Mereka yang menggunakan BlogLarian sebahagian besarnya ingin menambah kenalan dan meluaskan lagi jajahan blogwalk mereka di samping mengajak rakan-rakan lain membaca en3 terbaik dari ladang 🙂
  • Kelemahan Bloglarian yang utama ialah masa loading bagi sesetengah rumah yang lambat dan lagu autoplay dalam blog-blog penyewa.
    • Masa Loading lambat: secara umumnya, kelajuan BL bergantung kepada internet yang digunakan. Jika Broadband atau streamyx yang kelajuan rendah, maka rendahlah ia. Tetapi, faktor yang lebih utama ialah blog2 yang berat, penuh dengan widget atau hiasan yang berat. Lagu autoplay dan sebagainya. Maka diharap penyewa BL boleh cuba mengurangkan blog masing-masing. Boleh rujuk di tutorial BlogLarian bagaimana untuk mengurangkan berat Blog
    • Lagu autoplay background: Msalah yang ni pula bergantung kepada empunya Blog. Admin tidak dapat menghalang mereka menggunakannya. Walau bagaimanapun, bagi mengatasinya, admin akan menukarkan blog2 dalam rumah daripada open kepada button dan di bahagikan kepada 2 set. setiap button akan pamerkan 3 blog sahaja. jika buka sekali 5 rumah, tiada lagi lagu. bila kita buka button baru ada lagu
    • penyelesaian mudah untuk keduanya adalah dengan menggunakan FlashBlock seperti yang dianjurkan oleh NurizSpace.com. Anda boleh tambah addon FlashBlock dan ucapkan selamat tinggal kepada semua elemen yang mengganggu blogwalking anda

  • Kelemahan lain ialah ada beberapa blog yang menggunakan content warning, paparan window yang kecil dan beberapa blog yang tidak mesra komen.
    • Content warning:jika anda menggunakkanya dan membaca di sini, anda boleh baca rungutan jiran lain seperti di bawah.
    • paparan window kecil: ini bergantung kepada keselesaan pengguna. tp, admin cuba sesuaikan dengan screen laptop atau komputer dan saiz tersebut adalah yang paling baik untuk digunakan.
    • komen tidak mesra: Admin ingin menggalakkan para blogger supaya tidak menggunakan komen yang kekal di bawah en3. yang terbaik adalah menggunakan komen popup window. boleh tukar di setting>comment> dan pilih popupwindow
Begitulah ringkasan yang dibuat oleh Si Tukang Tulis. Semoga anda mendapat sedikit manfaat darinya. Selain itu, Si Tukang Tulis juga mengajak anda untuk menerjah blog2 di bawah dan membaca feedback mereka terhadap BlogLarian.

Pendaftaran autoping akan dibuka semula minggu hadapan. nantikan 🙂

Posted in: BlogLarian