BlogLarian: One Stop Centre for BlogWalkers

Posted on December 26, 2010

4



Assalamualaikum…
Kali ini Si Tukang Tulis akan berkongsi tentang BlogLarian. Sebelum ini sudah ada en3 tentang BlogLarian, tapi kali ini sebagai satu rujukan dengan apa yang ada dalam BlogLarian. BlogLarian telah diwujudkan pada asalnya untuk memudahkan Si Tukang Tulis berblogwalk. Kalau dulu, bila kita blogwalk mesti ada blog yang kita minat tapi kita terlupa nak simpan link. Kini, BlogLarian memastikan blog-blog yang mendaftar kekal di tempatnya dan lebih mudah untuk di terjah.
Dulu, bila blogwalk, Si Tukang Tulis akan buka sampai 10-20 tab blog berbeza. Dengan BlogLarian, setiap rumah ada 6 blog dan dibahagikan kepada dua button. Kita perlu tekan button pamer barulah kita dapat pamer 3 blog. Ini untuk menjimatkan masa loading dan juga mengelakkan lagu background yang autoplay. Pada awalnya memang lambat, tapi kami cuba perbaiki dari masa ke semasa. Untuk lebih lanjut tentang feedback BlogLarian, boleh ke sini http://furdunesia.blogspot.com/2010/12/feedback-dari-penyewa-rumah-bloglarian.html
Apa ada dalam BlogLarian
  1. Home: Halaman utama yang memaparkan update dari admin, pemberitahuan ringkas, pengumuman penting serta 10 senarai rumah secara rawak.
  2. Tutorial BlogLarian: Merupakan koleksi tutorial mengenai blog, nufnang dan juga Bagaimana menggunakan BlogLarian. Tutorial di sediakan oleh beberapa blog yang memang pakar dalam dunia blog sepertu MariBinaBlog dan juga Budak Nakal
  3. Contest BlogLarian: Laman ini pula mempromosikan contest dan GA yang dianjurkan oleh penyewa-penyewa rumah di BlogLarian. Sesiapa sahaja boleh meminta admin untuk memasukkan contest atau GA mereka serta semua dijemput untuk menyertai dan memeriahkan contest dan GA yang ada.
  4. Santai BlogLarian: Laman ini pula sedang mengumpulkan website2 atau blog seperti manga, download movie, berita dan sebagainya.
  5. Testimoni: Laman ini dibina pada peringkat awal sebagai bukti keberkesanan BlogLarian sekiranya digunakan dengan berkesan.
  6. PingSite: Laman ini mengumpulkan blog atau website yang boleh digunakan untuk ping en3 terbaru. Di samping itu, BlogLarian juga menyediakan khidmat autoping di BlogLarian FB. Hanya ahli sahaja yang boleh diautopingkan walau bagaimanapun, sesiapa sahaja boleh ping en3 di sana.
  7. BlogLarianSquare: Laman ini masih dalam pembinaan. Cadangan admin untuk menjadikannya seperti himpunan blog-blog berniaga online. BlogLarian menawarkan tempat untuk mempromosikan banner dan juga Blog yang boleh terus dibuka di sini. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi admin di furdunesiaz@gmail.com

Begitulah secara ringkas apa yang ada dalam BlogLarian. Pendaftaran masih dibuka manakala pendaftaran autoping akan dibuka sehingga 31/11/2011.

Maklumat lanjut tentang BlogLarian boleh didapati di link ini

Posted in: BlogLarian