Melangkah Dengan Penuh Berani

Posted on December 24, 2010

3



Assalamualaikum…
Hari ini Si Tukang Tulis nak berkongsi sedikit tentang membuat keputusan. Pasti ramai di antara kita sering membuat pilihan atau keputusan yang susah sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain, untuk keluarga atau untuk syarikat? Kita risau sama ada pilihan atau keputusan yang dibuat membuahkan hasil ataupun menemui jalan buntu. Kita resah bila memikirkan sama ada orang lain berpuas hati atau tidak suka dengan keputusan yang kita ambil…lebih-lebih lagi bila kita menjadi ketua.
“Betulke keputusan aku ni???aku risau apa orang akan kata…”
“Bolehke buat macam ni? Takut tak jadi lak kalo buat tak ikut resipi”
“Aku dah buat keputusan tetapi kenapa aku masih tak yakin dengan keputusan yang di buat?
Situasi seperti di atas hanya contoh kecil yang Si Tukang Tulis boleh fikirkan. Memang tak dinafikan kita akan merasa risau dan resah apabila kita membuat keputusan yang akan mempengaruhi masa hadapan kita terutama dalam perkahwinan ataupun perniagaan. Walau bagaimanapun, jika kita tenggelam dalam lamunan kerisauan terhadap hasil yang akan diperoleh, kritikan, cakap-cakap belakang…maka kita hanya akan jadi orang yang biasa saja…Ya! hanya orang biasa yang tak memberi apa-apa impak kepada persekitaran!
Kita mesti tanam keyakinan bahawa kita bukan Orang yang Biasa! Si Tukang Tulis bukan orang biasa dan anda yang membaca juga bukan orang yang boleh dipandang rendah! Tapi bagaimana untuk menjadi orang yang luar biasa? Untuk merealisasikannya, kita perlu memilih ‘jalan-jalan’ yang belum pernah orang terokai. Atau kita upgrade ‘jalan’ tersebut supaya ia lebih baik dari sebelumnya.  Barulah orang lain mendapat manfaatnya. Kita juga perlu membuat keputusan dengan bijaksana dan berani melangkah melaluinya dengan pendirian yang teguh.
Sekiranya hasil keputusan atau pilihan tersebut tidak memberansangkan, jadikan ia sebagai satu lagi anak tangga untuk mencapai kejayaan. Jadikan sejarah yang lalu sebagai pengajaran dan bukan igauan ngeri yang datang menghantui kita. Kita perlu terus maju ke hadapan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Biarkan orang cakap-cakap di belakang kerana mereka hanyalah ‘orang yang biasa-biasa’ sahaja. Lupakan mereka kerana mereka akan lupa kegagalan dan kesilapan kita selepas kita berjaya. Jangan buang masa dengan orang yang tidak menghargai usaha kita. Tapi ingatlah mereka apabila kita berjaya kelak. Kerana mereka antara yang mendapat manfaat darinya.
Semoga bahagia🙂
Posted in: MyMotivation