Misteri Di Sebalik Kejayaan…Anda nak cuba?

Posted on December 22, 2010

9



Assalamualaikum…
Kepada semua rakan blogger, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Kali ni pun belum ada idea nak buat entri ilmiah. Banyak kerja lain yang perlu dilakukan. Masa tengah cari fail dalam komputer, tetiba jumpa folder lama yang dibuat untuk kursus kemahiran berfikir masa undergrad dulu. Masa tu kami (fareed, Padel dan Jari) kene buat tajuk sub-concious mind ataupun minda separa sedar.
Untuk pengetahuan semua, minda kita terbahagi kepada minda sedar atau boleh dikawal dan minda bawah sedar, luar kawalan. Contoh minda aktiviti yang dilakukan oleh minda bawah sedar ialah denyutan jantung kita. Pernah tak kita kata nak kawal jantung berdenyut. kejap berdenyut pastu kita nak dia berenti. Mungkin ada yang pernah lakukannya tapi yang pasti ia tidak akan berlaku. Ini kerana kawalan tersebut dilakukan oleh minda di bawah sedar. Selain itu, pernafasan kita juga dikawal oleh minda bawah sedar. kita tak pernah terfikir untuk menyedut dan menghembus udara. kita hanya mengawal pengembangan peparu dengan mengawal oto-otot di perut supaya tidak bergerak. ini seterusnya menghalang peparu daripada kembang atau kecut. Contoh lain adalah seperti mimpi. Mimpi juga berkait rapat dengan minda di bawah sedar.
Otak manusia merupakan satu-satunya super komputer organik yang lebih hebat berbanding super komputer. Pernah tak kita terfikir bagaimana otak kita menyimpan data atau memori selama berapa tahun kita hidup?Maklumat yang diterima oleh pancaindera di tafsirkan di otak dan memberi respon terhadap maklumat tersebut. Tetapi, bagaimana data yang berbentuk impuls elektrik atau maklumat-maklumat tersebut disimpan???Ajaib kan???Bagaimana sistem memori kita berfungsi??Bagaimana otak kita boleh menghasilkan semula imej atau maklumat yang telah lama kita lalui (mcm kita sedang mengenangkan sesuatu)?? Hanya persoalan sahaja yang mampu diberi…
Semasa kelas ni, kami diberi analogi seperti dua rak yang disimpan di 2 tempat berbeza. satu di pejabat dan satu lagi di stor. Segala maklumat yang kita perolehi daripada pancaindera kita atau pengalaman kita akan direkodkan dan disimpan secara automatik ke dalam rak stor. kebiasaannya maklumat yang disusun tidak diatur. Sekiranya otak kita mendapati perkara atau maklumat yang diperoleh tersebut sangat penting, ia akan diletakkan di rak pejabat dan disusun mengikut turutan atau pengkelasan. Maka senanglah untuk kita mencapai maklumat tersebut. Kebiasaannya, maklumat yang penting ni di tafsirkan apabila kita melalui pengulangan secara sengaja atau kita sendiri memilih ia maklumat penting. Kekuatan sebenar kita bukan terletak kepada berapa besar atau berapa hebat kita menyimpan maklumat, tetapi bagaimana kita menyusun maklumat tersebut agar mudah dicapai tak kira di rak pejabat atau rak stor. Minda kita mudah berkomunikasi apabila kita melatih ia untuk menyusun maklumat tersebut. Contohnya kita memilih untuk menyusun maklumat-maklumat berdasarkan kata kunci atau keyword. Manakala sebahagian yang lain pula berdasarkan teknik pengulangan. 
Walaubagaimanapun, saya nak bincangkan tentang bagaimana kita nak jadi orang sepertimana yang kita fikirkan! Anda kaya bila anda fikir anda kaya dan anda pasti dapat melakukannya. Untuk merealisasikannya, kita perlu melatih melalui meditasi, pengulangan atau keazaman bagaimana untuk menerapkan apa yang kita fikirkan dalam minda separa sedar kita. Kita kene senantiasa bersikap positif dan mengambil masalah bukan sebagai masalah, tetapi sebagai ujian untuk menguji kelayakan kita. jika kita fikir tidak laya, maka kita akan menjadikannya tidak layak. begitulah sebaliknnya. Kita sering memberi tanggapan negetif dalam setiap perkara yang kita lakukan, maka inilah juga hasil yang kita peroleh…kita sentiasa bersikap defensif apabila melalui sesuatu perkara dan kita sering mengelak daripada melakukannya…banyaknye merepek.
Sebenarnya nak kongsi pembentangan kami dengan anda semua. Biasa orang buat pembentangan berdasarkan powerpoint atau sebagainya. tapi kami cuba buat melalui suntingan video yang kami percaya ia mampu menerangkan dengan lebih baik apa yang dimaksudkan dengan minda separa sedar (thinking out of the box :p) untuk itu, carilah dan kongsilah manfaat yang diperoleh bersama. bayangkan diri saya yang gempal pandai berkung fu mcm Po….tapi tak mustahil, Just believe in yourself🙂
Video ni takda lah hebat mana. cuma cuba mnyampaikan dan menghubungkaitkan dengan kehidupan
“Yesterday is history, Tomorrow is a mystery and today is a gift. That’s why it’s called present”
Posted in: MyDiary