Aku Kaya

Posted on December 17, 2010

7



Assalamualaikum…
Semoga hari yang mulia ini menambahkan lagi semangat kita untuk terus hidup dengan gembira. Pasti ramai yang mempunyai tafsiran gembira yang berbeza-beza. Ada sebahagian gembira bila apa yang dihajati tercapai. Ada sebahagian yang lain gembira bila dia berkeluarga. Ada juga yang gembira hanya apabila nafsu serakahnya puas dan ada yang gembira bila orang lain di timpa musibah. Yang ni…harap-harap kita tak termasuk sebahagian darinya.
Kali ini Si Tukang Tulis nak ajak sahabat sekalian untuk menuju ke arah kekayaan. Pasti ramai yang berminat nak tahu dan ada juga ramai yang membuat sangkaan…”Nak ajak join MLM la ni…”. Jangan risau. Si Tukang Tulis hanya mengajak anda membaca sahaja. Mari kita mulakan…
 
Bagaimana yang dikatakan kaya itu?
“Kaya bila kita dapat banyak duit, harta, kereta mewah, rumah berbanglo-banglo, isteri sampai 4 dan sebagainya.hohoho…aku kaya!”
“Kaya bila kita tak susah. Kan senang, apa la punya soalan ko ni”
“Kaya bila kita pakai intan berlian dan emas sutera sebagai pakaian”
Macam-macam tafsiran dan sangkaan. Bagaimana pula cara nak jadi kaya?
“Kerja bersungguh-sungguh, siang malam tanpa henti…”
“Hohoo…senang je…tipu orang, ambil rasuah, mencuri dan merompak!”
“Berniaga, kan Nabi Muhammad dah bagitau, 9/10 dari rezki adalah dnengan berniaga”
Tiada satupun jawapan tadi yang salah tapi sebahagian darinya salah di sisi norma masyarakat agama dan negara. Jadi jangan buat lepastu kata Si Tukang Tulis yang bagi idea…Silap hari bulan Si Tukang Tulis yang kena tangkap masuk penjara nanti. Sebelum lagi parah, mari kita lihat kaya dari perspektif yang lebih halus…
Percaya tak jika dikatakan semua manusia di dunia ini ada pilihan untuk menjadi kaya?…Eh?Betul ke?Macam mana?
Apa yang perlu kita lakukan hanya dengan merasa cukup dengan apa yang kita ada…Kaya memberi makna seseorang itu mempunyai lebihan dari apa yang dia ada dan digunakan ke arah kebaikan. Seseorang akan kaya apabila dia rasa cukup dengan apa yang dia ada dan bersyukur dengannya. Maka dia akan senantiasa merasa puas dan senang hati. Mereka yang bersyukur ini yakin Allah akan menambah lagi ‘kaya’ yang dirasainya apabila terus bersyukur.
Jika dibandingkan dengan orang yang banyak harta, dia akan senantiasa risau dan takut hartanya berkurang. Maka bertungkus lumus dia menambah hartanya. Kemudian risau orang akan merompak dan hartanya berkurang, maka digajikan pak guard jaga hartanya. Ternyata dari hari ke hari, harta yang bertambah hanya menambah kerisauan dan ketakutan.
Jadi apakah harta yang bila dicari bertambah, bila diberi akan makin bertambah? Jawapannya ilmu. Maka orang yang kaya sebenarnya orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya serta menyampaikan kepada orang lain. Walau bagaimanapun, seperti mengumpul harta kekayaan, mencari ilmu ini juga tak pernah cukup. Orang yang mencintai ilmu juga akan merasa tidak cukup dan terus mencari. Bezanya, Ilmu bila di kongsi, tak pernah berkurang, malah Allah akan buka lagi ruang untuk menambah ilmunya.
Akhir sekali, Orang yang merasakan hartanya tidak mencukupi akan senantiasa merasakan dia telah jatuh miskin. Tapi orang yang merasakan hartanya cukup untuk keperluan dia dan keluarga, akan senantiasa merasakan dirinya kaya. Orang yang cetek ilmunya akan merasakan dia pandai tetapi orang yang luas ilmu pengetahuannya akan senantiasa merasakan dirinya seorang yang bodoh…kerana dia sedar terlalu banyak ilmu yang dia tidak tahu. Maka pilihlah…kaya tapi miskin atau sederhana tapi kaya…
Semoga Bahagia🙂
Posted in: MyMotivation