Pendidikan Seksualiti VS Pendidikan Islam

Posted on December 16, 2010

4



Assalamualaikum…
Semalam antara hari paling sedih buat Si Tukang Tulis. Nak pergi tengok TRON sebab dapat tiket free, sampai-sampai ke kaunter, kaunter NuffNang dah tutup. Punyalah sediha, kami balik ke rumah dengan mengenyangkan perut kami sahaja. Sedih…sedih…NuffNang, janganlah blacklist Si Tukang Tulis…
Kembali kepada isu utama. Malam yang sama juga, Si Tukang Tulis sempat menonton rancangan Soal Jawab di tv3. Isu yang di ketengahkan ialah isu pendidikan seksualiti di sekolah rendah. Setelah mendengar hujah yang di bentangkan oleh 3 pakar dalam hal tersebut. Si Tukang Tulis rasa nak kongsi sedikit pendapat dengan pembaca di sini.
Secara mudahnya, mereka bersetuju tentang kepentingan pendidikan seksualiti di sekolah rendah. Oleh itu, Si Tukang Tulis merujuk kepada majoriti kita sebagai umat Islam. Pasti ada yang merasakan langkah yang diambil terlalu liberal berbanding norma masyarakat kita sebagai masyarakat melayu. Maka, Si Tukang Tulis merasakan ada lagi isu yang lebih utama perlu didahulukan sebelum pendidikan seksualiti tersebut. Iaitu Pendidikan Islam.
Jika diimbas kembali, semasa Si Tukang Tulis di zaman sekolah, Si Tukang Tulis perlu ke sekolah biasa pada waktu pagi dan sekolah agama Johor pada waktu petang. Pada masa itu, siapa yang tak lulus, tak boleh naik darjah. Setelah diingati, pembelajaran di sekolah harian dan sekolah agama ini saling melengkapi antara satu sama lain. Sekolah harian memfokuskan kepada ilmu-ilmu secara zahir manakala sekolah agama pula memfokuskan ilmu-ilmu lahiriah terutamanya tauhid, ibadah, ulum-Quran, tajwid, Akhlak, Mua’malat, Bahasa Arab dan munakahat.
Jika dibandingkan pendidikan seksualiti, pendidikan Islam mampu merangkumi subjek yang lebih luas berbanding pendidikan seksualiti. Dalam pendidikan seksualiti, objektif utama adalah untuk membendung gejala sosial, buang anak dan penyakit berjangkit dengan mengambil pendekatan menerangkan organ tubuh badan, apa yang perlu dan jangan dilakukan dan sebagainya. Pada Si Tukang Tulis, ia hanya merangkumi sebahagian kecil sahaja. Pendidikan Islam pula umpama penjegah berbanding Pendidikan seksualiti yang berupa rawatan.
Secara ringkasnya, Pendidikan Islam memulakan pendidikan anak-anak dengan Tauhid. Mengenalkan anak kepada Pencipta seluruh Alam dan sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna. Subjek Ibadah dan ilmu Al-Quran pula menerapkan disiplin dalam diri anak-anak supaya patuh dan taat kepada suruhan Allah, melakukan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dicegah. Kemudian di murnikan lagi dengan Akhlak dan sirah Nabi agar anak-anak boleh mengambil contoh dan teladan atas sifat-sifat yang terpuji. Kemudian barulah mereka didedahkan dengan ilmu mua’malat dan munakahat yang mengajar ilmu interaksi sesama manusia. Ini termasuk ayat-ayat al-Quran yang membincangkan proses kejadian manusia. Bukankah ia satu pendidikan sains reproduktif? Tidakkan ini lebih baik dari sistem pendidikan ynag berteraskan 1 fokus?
Dalam masa yang sama, pembelajaran ilmu sains reproduktif dimulakan dengan serius semasa di sekolah menengah di mana mereka lebih matang dalam menuntut ilmu Sekiranya Pendidikan Islam pada peringkat awal berjaya, pendidikan sains reproduktif pada masa ini umpama menguatkan lagi kebenaran Islam itu sendiri. Bayangkan jika mereka yang tidak pernah didedahkan dengan pedidikan Islam…Si Tukang Tulis pernah mendengar kata-kata:
“Buat apa hantar pegi sekolah agama. Bukan boleh jadi doktor atau engineer pun…”
“Bek aku hantar anak aku tuisyen atau belajar muzik. Terjamin sikit masa depan”
“Hantar pergi sekolah agama atau SMKA ni nanti bukan boleh pegi mana pun. Takkan nak jadi ustaz je…”
Jadi mari kita bertanya kepada diri kita sendiri, adakah kita sudah memberikan pendidikan Islam yang sempurna kepada anak-anak?