Bersangka Buruk Sebelum Bersangka Baik

Posted on December 15, 2010

21



Assalamualaikum…

Semoga bahagia kepada semua yang sudi membaca di sini. Jika anda sedang berehat, pastikan anda tidak mensia-siakannya. Berehat ketika bekerja sangat penting bagi mengelakkan badan kita tertekan dan seterusnya menjadikan hari anda hari yang paling tak seronok dalam minggu ini. Berehatlah seketika walau dengan mengambil angin di atas bangunan…jangan terjun sudah :p
Kali ini Si Tukang Tulis ingin membawa diri dan pembaca sekalian tentang tajuk en3 kita.  Dalam kehidupan seharian, kita tidak pernah bebas dari belenggu ‘sangkaan’ yang telah menjadi sebahagian daripada unsur dalam mempengaruhi keputusan kita. Walau bagaimanapun, pasti ramai yang tidak bersetuju dengan tajuk en3 kali ini. Sebelum anda melontarkan ‘bom-bom tidak setuju’ anda, mari kita kupas tajuk ini dalam perspektif yang lebih luas.
Banyak perkara yang akan menyebabkan kita membuat sangkaan sebelum membuat keputusan atau melakukan sesuatu. Daripada segi kerjaya, belajar, mendirikan rumah tangga dan pelbagai isu-isu kecil ataupun besar. Kesemua ini kita lalui dengan memberikan sangkaan terlebih dahulu. Jika tak percaya, cuba tempatkan diri dalam situasi berikut…
“Nak sambung belajar luar negara atau dalam negara? Kalo luar negara, mahal sangat…”
“Jalan mana nak pilih ni…ikut jalan ni jauh sangat. Ikut jalan tu sesak pula…ada jalan lain tak?”
“Budak baru tu ko rasa baik ke tak?Aku rasa macam poyo je…”
“Kenapa la mak aku ni susah sangat nak terima pilihan aku. Macam-macam yang dia sangka…”
Memang betul kita digalakkan untuk bersangka baik. Terutamanya hal-hal yang berkait dengan khabar angin dan sebagainya. Kita tak boleh bersangka buruk kerana tiada bukti atau fakta yang memburukkannya. Kita hanya boleh bersangka baik. Sebab itu bila kita terima khabar angin atau cerita orang atas orang, janganlah kita cepat memberi keputusan, selidikilah dahulu. Jika tidak pasti, lebih baik diam dari menambah sangkaan buruk tersebut. Biasakan diri mencari kebenaran daripada menghukum kesalahan.
Akan tetapi, terdapat perkara yang perlu bersangka buruk. Apa yang Si Tukang Tulis maksudkan adalah bersangka buruk dalam perancangan yang di buat…Eh? kenapa nak buat macam tu? Sebagai contoh, anda menjadi ketua untuk satu aktiviti. Sudah pasti kita mahukan segalanya berjalan lancar. Ketua yang efektif adalah ketua yang sentiasa bersedia dengan backup plan
Untuk bersedia dengan backup plan, ketua tersebut perlu bersangka buruk tentang kecacatan yang mungkin berlaku dalam aktiviti. Jika kecacatan itu berlaku, bagaimana nak selesaikannya atau bagaimana untuk mengelakkannya berlaku. Sekiranya ketua tersebut mengambil endah sifat ini, dia akan kalut jika perkara yang tidak disangka berlaku secara tetiba…nampak tak kepentingan sifat ini?
Secara mudahnya, sifat bersangka buruk ini juga dinamakan sebagai satu sifat check and balance bagi menjadikan perkara yang kita lakukan lebih fleksibel tetapi mencapai objektif dan matlamat yang di tetapkan. Jika kita terlalu fokus dalam perancangan yang sempurna, kita hanya membuka luas lubang kecacatan yang sepatutnya kita bersedia menutupinya.
Sebagai seorang ketua, perkara paling utama ialah merancang dan menyelesaikan masalah dan bukan mencari kesalahan siapa. Jika kita mahu menjadi masyarakat yang maju dan fleksibel, Ubah diri kita untuk terus memandang kehadapan dan menjadikan sejarah yang berlalu sebagai benteng daripada kita jatuh dalam kegagalan. Bukankah mencegah lebih baik dari merawat?
Semoga Bahagia🙂
Posted in: MyMotivation