Ingatan untuk BlogLarians

Posted on December 10, 2010

10



Assalamualaikum…

Hari Jumaat yang tenang dan bahagia. dah lama tak buat en3 saintifik. Tapi macam abg BenAshaari kata, perlu komitmen dengan usaha yang telah dilakukan. Yang Pasti, BlogLarian memang mendapat sambutan hangat. Sudah ramai yang mencuba dan merasakan ia mudah sedikit untuk BlogWalk. Jadi kali ini, Si Tukang Tulis akan buat sedikit peringatan kepada rakan-rakan yang sudah tersenarai dalam BlogLarian. Sebelum tu, layan gambar ni🙂
 

Gambar di atas merupakan trafik BlogLarian selama seminggu. Jelas BlogLarian boleh terus berkembang lepas ni. Pendaftaran akan di buka semula selepas proses kemaskini oleh admin Padel dan Si Tukang Tulis. Secara ringkas, pola pengunjung BlogLarian pada masa puncak adalah seperti berikut:
  • Pagi: 8 a.m, 10 a.m
  • Tegahari dan petang : 12 p.m, 1 p.m, 2 p.m, 5 p.m
  • Malam: 8 p.m, 10 p.m, 11 p.m dan 12 p.m

Harap semua rakan boleh mengambil kesempatan sebaiknya dalam menaikkan en3 baru atau blogwalk bagi menjamin pengunjung yang lebih aktif.

Mari layan ingatan Si Tukang Tulis buat jiran yang menyewa di BlogLarian.

  1. Selepas menyewa rumah BlogLarian, sila follow dan berkenalan dengan ahli rumah. Ini untuk mengeratkan silaturrahim…penting ni.
  2. Jika blog ada pasang lagu, minta gunakan player yang manual start bagi mengurangkan hingar-bingar bila jiran bertandang. nanti diaorang pengsan. Banyak blog yang otai-otai tak suka pasang lagu terus.
  3. Untuk menggalakkan budaya komen, diharap jiran-jiran BlogLarian semua boleh gunakan komen box pop up dr blogspot (paling baik) atau komen box seperti disqus dan commentluv. Kalau komen box di page en3 anda, lepas tekan komen, trus pergi ke blog tu dan BlogLarian akan hilang. Boleh tekan ‘back’ jika berlaku
  4. Harap Jiran2 lebih mesra dengan tidak meletakkan page verify…alaa, yang kene tekan button ‘i understand this blog for 18 n above’ tu baru dapat masuk. Jiran bertandang tak bole masuk terus untuk berziarah
  5. Harap boleh update template agar menggunakan template yang lebih ringan dan mengurangkan widget yang tidak penting. seperti akuarium, jam dan hari bulan. Bagaimana nak meringankan Blog anda, sila ke tutorial oleh OhDaus. Tekan je button tutorial OhDaus di BlogLarian
  6. Di BlogLarian, kami galakkan anda menghasilkan en3 yang terbaik dari ladang agar jiran yang bertandang datang dan baca en3 anda. Di samping bertegur sapa di komen dan shoutbox (sangat menguntungkan jika guna komen box pop up window dan tiada word verification)
  7. Untuk mendapatkan trafik yang lebih menggalakkan, Si Tukang Tulis mencadangkan anda melakukan cara ini. 1) Setiap ahli bw di senarai yang berbeza. pakat ngan ahli rumah, anda ada 6 org, boleh buat jadual atau rancangan setiap orang bw dalam satu list senarai. 2) 30min diperlukan untuk bw ke 10 senarai sahaja. sudah dicuba oleh admin🙂 admin berjaya bw, baca dan KOMEN dalam setiap blog (60 blog). 3) semasa bw, anda boleh tinggalkan jejak link ke senarai rumah anda, contohnya penghuni rumah no 51, link rumah dia ialah http://bloglarian.blogspot.com/2010/12/senarai-blog-ke-51.html.
  8. Kepada yang mengharapkan trafik free dari BlogLarian, anda akan menyesal kerana senarai rumah akan rotate sehari sekali atau dua kali. jika anda mahukan trafik, bole buat seperti cadangan di atas. Ingat…Anda daftar, Anda berBlogLarian, Semua dapat manfaatnye.
  9. Lihat gambar di bawah. jumlah pengunjung dalam seminggu untuk rumah yang terlibat. Rumah no 1 admin punya, pengunjung ramai mungkin sebab da duduk lama, tapi, senarai no 37 lagi ramai pengunjung dari admin punya rumah. ini da lawan tokey!…tadala. gurauje. Si Tukang Tulis percaya ini hasil bw berdasarkan cadangan di atas. menggunakan link rumah dan berpakat dengan ahli keluarga. Begitu juga rumah no 79…mana rumah yang lain?
 Begitulah secara ringkas ingatan Si Tukang Tulis buat jiran di BlogLarian semua.
Posted in: BlogLarian