Tau tak?…Kesan solat kepada kesihatan jantung….

Posted on December 8, 2010

17



Assalamualaikum…

klik untuk besarkan

Kepada sahabat blogger semua, entri ini sambungan kepada entri sebelum ni mengenai kebaikan solat dari perspektif islam. Sebelum ni telah di bincangkan mengenai kesan solat terhadap komposisi badan atau lebih mudah difahami, tahap kesihatan kita semua. Kali ini kita nak lihat kepada kesan solat terhadap jantung. Ramai yang mengetahui dan percaya bahawa pergerakan2 dalam solat mampu untuk menjadikan diri lebih sihat. Walau bagaimanapun, daripada pengamatan saya, sebahagian besar daripada kita yang solat, terlepas pandang atau terlupa untuk melakukan pergerakan2 yang sempurna. sebagai contoh, ada antara kita yang tidak berdiri tegak dengan betul (banyak bergerak2 bole batalkan solat), tidak menjaga tomakninah  ( berhenti sekejap sekurang2nya satu kali SubhanAllah) semasa rukuk, selepas rukuk, semasa sujud, duduk antara dua sujud dan sebagainya….Pergerakan yang terlalu cepat atau terlalu singkat ini tidak memberi apa2 manfaat sama ada daripada segi fizikal mahupun rohani. Ini kerana, pergerakan solat yang sempurna sahaja mampu memberi manfaat kepada kesihatan kita. (sebab tu kita disuruh Khusyuk dalam solat…tapi camne nak khusyu’???)

Kadar denyutan jantung boleh dikesan melalui alat dan juga melalui nadi di tangan. Bacaan normal  pada keadaan rehat bagi jantung yang sihat adalah di antara 60-80 seminit. Bacaan bagi atlit sukan pula lebih rendah. denyutan jantung yang normal memasikan peredaran darah yang lancar seterusnya menjamin kesihatan tubuh badan.Denyutan jantung yang rendah adalah baik untuk jantung kerana ia tak perlu bekerja keras untuk mengepam darah terutama ke otak yang memerlukan oksigen yang banyak.    

Faktor yang mempengaruhi kadar denyutan jantung 
Kadar denyutan jantung boleh dipengaruhi dengan pelbagai faktor antaranya jarak jantung daripada tanah, pernafasan, aktiviti yang dilakukan dan sebagainya. Senaman seperti tai chi dan yoga melibatkan aktiviti senaman dan disertai oleh proses pengawalan pernafasan yang membantu peredaran darah ke seluruh tubuh badan. Begitu juga dengan solat, kedudukan-kedudukan tertentu semasa solat mempengaruhi kadar denyutan jantung dan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang terlibat adalah jarak jantung dengan tanah serta kedudukan jantung dan otak. Semasa berdiri, kadar denyutan jantung lebih tinggi dari keadaan biasa kerana kedudukan jantung dan otak yang menegak. Apabila kita rukuk, kadar denyutan jantung tersebut menurun kerana kedudukan jantung dan otak selari pada aras yang sama. Kadar denyutan jantung tersu menurun apabila kita bersujud dan ini kerana aras kedudukan jantung yang rendah dan kedudukan kepala di bawah aras jantung. ini memudahkan proses peredaran darah dan seterusnya mengurangkan beban jantung untuk mengepam darah. Apabila kita duduk untuk tahiyat awal atau akhir, kadar denyutan jantung meningkat sedikit berbanding sujud tetapi lebih tinggi jika dalam keadaan baring walaupin jarak jantung dengan tanah sama. ini kerana kedudukan kepala yang berada di atas jantung memerlukan jantung untuk terus mengepam darah ke otak. 

Solat dan Darah Tinggi

Kajian yang dilakukan sebelum ini juga memberitahu bahawa tekanan darah tinggi bergantung kepada kadar denyutan jantung. Ramai rakyat Malaysia umumnya mengalami penyakit darah tinggi sama ada keturunan, cara pemakanan mahupun cara hidup. Untuk mengurangkan risiko darah tinggi atau terapi untuk penyakit ini, pesakit disaran agar tidak melakukan perkara yang boleh meningkatkan tekanan darah….anataranya kalau marah. kalau tengok drama, selalu kita lihat pelakon marah-marah dan terus kena sakit jantung. untuk itu, kajian ini membuktikan bahawa kita mampu mengawal tekanan darah kita dengan bersolat. Dengan menurunkan kadar denyutan jantung, peredaran darah lebih perlahan dan lancar terutama semasa kita sujud. Posisi sujud ini juga dikatakan baik untuk menjamin jangka hayat jantung yang lebih lama dan menghindarkan pengecilan salur darah seterusnya menghindarkan kita daripada penyakit arteriosklerosis.


Otak memerlukan oksigen
Dalam kajian yang telah dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dalam buku Solat: Kebaikan dari perspektif Islam, solat memang terbukti mampu menjaga kesihatan jantung dan menjadi terapi kepada penyakit2 seperti darah tinggi, stress, dan sakit jantung. Seperti yang diketahui umum, jantung berfungsi untuk membekalkan darah ke seluruh tubuh badan manusia dan otak memerlukan oksigen lebih banyak daripada organ tubuh yang lain, walau bagaimanapun, kedudukan otak yang berada di bahagian atas jantung dan ini memerlukan pengaliran darah melawan graviti…jika jantung lemah, maka kuranglah oksigen disalurkan ke otak. kekurangan oksigen dalam otak boleh menyebabkan kerosakan otak.

A Normal Breathing and Normal Oxygen
B Hyperventilation
(Overbreathing) and 40% reduction of Oxygen
Red = most Oxygen O2,
Dark blue = least Oxygen O2 
“Patutla Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita duduk di kala marah, kalau tak reda juga, ambil wudu’
Bila kita berdiri, kadar denyutan jantung lebih tinggi bila marah. untuk redakan kemarahan, kita duduk bagi mengurangkan kadar denyutan jantung dan pengaliran darah ke otak agar akal tidak menguasai diri pada masa tu, Dalam pada masa yang sama, peningkatan kadar denyutan jantung berkait rapat dengan pengaliran darah ke tubuh badan dan ini menyebabkan salur-salur tersebut mengembang. Sebab tu kita rasa muka merah padam masa marah. Ini kerana salur darah di muka semua kembang dan pengaliran darah bertambah menjadikan muka kita hangat. Maka bila kita berwudu’ pula, air akan menyejukkan badan kita dan salur-salur darah yang mengembang tadi kembali seperti biasa. Ini diikuti dengan solat yang akan mengingatkan kita bahawa Marah itu datang dari Iblis dan Syaitan dan ketenangan hanya diperolehi bila kita hampir dengan Maha Pencipta”

rujukan: Your brain need oxygen , Solat: kebaikan daripada perspektif sains

Untuk perbincangan yang lebih lanjut, dapatkan buku Solat: kebaikan daripada perspektif sains 

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

“Segala ilmu dan isi alam ini adalah Hak Milik Allah,
Sebarkanlah agar ia memberi manfaat kepada yang lain.
Kita hanya meminjamnya sahaja”-MyThought-