Sibuk Mengalahkan SU Menteri!

Posted on December 6, 2010

7



Assalamualaikum…
Semoga hari ini membawa keberkatan kepada semua. Tak lama lagi dah akhir tahun, pastu masuk tahun baru. Kesibukan Si Tukang Tulis pun dah naik satu tahap sama dengan SU Menteri…tadala, gurauje :) 
Sebenarnya Si Tukang Tulis sibuk dengan BlogLarian. Kini semakin ramai yang sertainya dan banyak blog yang perlu disenaraikan. Nampak gaya BlogLarian semakin bermanfaat dari semasa ke semasa. BlogLarian ini bukan untuk Si Tukang Tulis, tapi untuk semua bloggers di luar sana termasuk SI Tukang Tulis sendiri.
Semalam blog terkenal Cikgu Dahlia telah sudi mempromosikan BlogLarian dan juga beberapa lagi blog yang sudi mempromosikan BlogLarian terus dari en3-en3 anda. Si Tukang Tulis ucapkan terima kasih bebanyak. Secara peribadi, Si Tukang Tulis tak menyangka ia akan mendapat sambutan hangat. pada awalnya kami nak guna sebagai blogwalk kami sendiri sahaja. Memandangkan ia memberi trafik yang memberansangkan, apa salahnya jika kita semua berkongsi?
Jika dulu sibuk dengan pelbagai software blogwalk yang memberi one way trafik, BlogLarian menjanjikan tiada one way trafik. BlogLarian menghormati hak setiap bloggers untuk memilih blog yang ingin dibaca. BlogLarian cuma satu alternatif dalam blogwalk. Jika dulu kita bw sesorang, apa kata kita blogwalk ramai-ramai? BlogLarian juga akan cuba mempromosikan blog secara berkumpulan, setiap ahli dalam senarai boleh membantu mempromosikan blog rakan dalam senarai yang sama…eh? 
Boleh ke?
Jawapannya Boleh! anda hanya perlu promot link senarai BlogLarian anda semasa anda bw. Jika 5 orang melakukan perkara tersebut, setiap orang bw di 10 blog yang berbeza, kemungkinan trafik yang masuk adalah 50! hanya dengan 10 blog setiap sorang. Jika ahli rajin, 20 blog pun dah banyak…kurang2 100 trafik boleh dapat.
Maka, BlogLarian bukan mencari trafik untuk admin atau BlogLarian sendiri. Tapi ia bergantung kepada peserta BlogLarian sendiri. Jika anda aktif, BlogLarian akan menjanjikan trafik untuk anda. Blogwalk secara jujur? ya, itu sudah pasti! membaca adalah hak orang yang datang ke blog anda. bukan hak anda untuk memaksa orang membaca. Jika anda mahu blog anda di baca…buatlah en3 yang bermutu🙂
Sekian dari Si Tukang Tulis selaku admin BlogLarian
Posted in: BlogLarian