BlogLarian: One Stop Centre for BlogWalkers

Posted on December 6, 2010

30



Assalamualaikum…
Hari Sabtu, hari untuk beristirehat. Tapi Si Tukang Tulis tengah berhempas pulas sehari dua untuk memperbaiki BlogLarian. Untuk Pengetahuan semua, BlogLarian adalah hasil kembangan idea Si Tukang Tulis dan Padel dan kini kami bercadang untuk menjadikan ia One Stop Centre untuk BlogWalkers!
One Stop Centre yang macam mana?

Secara umumnya, BlogLarian adalah blog untuk blogwalkers melakukan terjahan ke blog dalam senarai. Dalam masa yang sama, Si Tukang Tulis kini menyedari setiap kali pengujung bertandang ke satu senarai blog, sebenarnya dia telah bertandang ke 5 -6 blog secara automatik. Jika ramai blogwalkers menggunakan BlogLarian dan berkunjung ke semua senarai, setiap blog dalam senarai akan terus dapat pengunjungnya tersendiri. Bayangkan jika semua peserta BlogLarian dan blogwalkers lain menggunakannya…kalau ada 100 pengunjung BlogLarian dan berkunjung ke senarai blog, semua blog dalam senarai dapat 100 pengunjung!

Anda boleh menekan link dalam setiap blog yang ada dalam senarai dan ia akan terus pergi ke laman tersebut. Ia seperti membuka website seperti iasa cuma dalam satu site kini ada 5-6 website! BlogLarian kini menjadi penyumbang terbesar referal dan pengunjung ke Furdunesia@nline. Semalam ,Si Tukang Tulis ada banyak urusan dan tak sempat BlogWalk, tetapi ternyata trafik masih masuk dengan bantuan BlogLarian. Terima kasih kepada para BlogLarian yang sudi blogwalk dengan BlogLarian. 
Kini, pengunjung BlogLarian boleh membaca akhbar online terus dari BlogLarian di page Berita@nline. Terdapat 5 dan lebih pada masa akan datang dimana pengunjung boleh terus membaca akhbar dari pelbagai sumber dalam satu tab sahaja! Tambahan lagi, setiap akhbar telah disembunyikan dan hanya muncul dengan menekan butang yang ada di page tersebut. Selain itu, terdapat page untuk bersantai sambil membaca Manga!
Jika BlogLarian ini berjaya menjadi OneStopCentre untuk BlogWalkers, kami akan cuba menambah aplikasi untuk para BlogLarians sekalian. Sekiranya ada cadangan, boleh kemukakan pada Si Tukang Tulis atau Padel atau ruangan komen dan pendapat di Bloglarian. Sekiranya anda berminat menyertai BlogLarian, sila daftar di Segmen BlogLarian Padel
Akhir kata, sebagai pencetus BlogLarian, Kami ingin mengucapkan terima kasih
“Anda sertai Bloglarian, BlogWalk dengan BlogLarian dan anda akan membantu ramai bloggers lain. Anda sertai, Anda buat BlogLarian dan anda juga yang dapat hasilnya. Tiada istilah one way trafik”
p/s: kalau taknak pening, tutup speaker atau perlahankan volume speaker anda. Satu kelemahan BlogLarian🙂
Posted in: BlogLarian