Kemalangan: Learning the hardway…

Posted on December 2, 2010

6



Assalamualaikum…
Semoga sahabat yang bertandang hari ni sihat dan bahagia. Pagi ni Si Tukang Tulis ingin berkongsi pengajaran daripada kesilapan Si Tukang Tulis sendiri…Dihara kepada rakan yang satu hari nanti mungkin terlibat dalam kemalangan, pastikan anda tidak mengulangi kesilapan Si Tukang Tulis.
Kesilapan apa sampai nak kongsi?
Ada pengajaran juga ke?
Itu sudah pasti…

Awal bulan Nov lepas, Si Tukang Tulis terlibat dalam kemalangan. Bole kata separa serius gak. Kereta Si Tukang Tulis jadi sandwich lepas kena langgar depan belakang. Alhamdulillah Si Tukang Tulis tiada sebarang kecederaan. Bahagian hadapan dan belakang remuk sedikit. Masa tu kelam kabut nak balik Johor sebab ibu Si Tukang Tulis masuk wad sebab jangkitan kuman. Tiga empat hari gak masuk wad. Maka Si Tukang Tulis kini menumpang dengan Padel untuk pergi kerja🙂

Kesilapan Si Tukang Tulis ialah tidak memberitahu syarikat insuran tentang kemalangan sejurus berlaku kemalangan dan membiarkan tow-truck yang datang membawa kereta Si Tukang Tulis ke bengkel. Sepatutnya Si Tukang Tulis minta syarikat insuran yang uruskan dari awal hingga akhir, hantar kereta ke bengkel panel dan bukan bengkel ntah pape.  Lepas kemalangan, kepala pun tak betul sangat. Peringkat awal memang tiada masalah…bila dah siap, tetiba dia minta bayar RM 2K sebagai deposit sementara menunggu cek dari syarikat insuran.
Bila diselidiki, ternyata bengkel tersebut bukan bengkel panel dan syarikat insuran tidak berurusan terus dengan mereka…Sebagai pengajaran, jika terlibat dalam kemalangan…terus beritahu syarikat insuran dan jangan benarkan sebarang tow-truck mengambil kesempatan. Syarikat insuran akan beritahu apa yang perlu dilakukan dan memastikan kereta tersebut di hantar ke bengkel panel yang telah dilantik. Maka tak perlulah kita risau kena buat deposit bayaran bila nak ambil semula kereta…Sebab tu Si Tukang Tulis kata…Learning the hardway
Sebagai satu pengalaman Si Tukang Tulis dan nasihat kepada sahabat yang datang menjengah…
Gambar kereta Si Tukang Tulis…huhuhu…dah tak suci kamu…


Posted in: MyDiary