Ekspress Blogwalk dengan BlogLarian

Posted on December 2, 2010

20



Assalamualaikum…
Pasti ramai yang sibuk untuk blogwalk sepanjang berblogging. Hakikatnya, semakin lama sebahagian dari kita akan menjadi malas bila nak terjah satu-persatu blog. Baru-baru ni kita dilanda tsunami autoblogwalk. Memang sangat mudah tetapi hilang kepuasan tersebut. Mungkin ada masa kita rajin, tapi banyak masa kita malas. Betultak?
Oleh itu, hasil pertapaan Si Tukang Tulis kini berjaya menggarap 1 idea menarik. Kalaula kita boleh terjah sekali 5 blog camne? Anda berminat? Sudah pasti kita akan berminat betultak? Setelah meninjau beberapa idea bernas daripada sahabat blogger, Si Tukang Tulis membuka satu lagi blog khas untuk mereka yang mempunyai masalah seperti Si Tukang Tulis…
Memperkenalkan!

Secara mudah, Si Tukang Tulis akan masukkan link sahabat yang ada dalam senarai blog ini dan memudahkan Si Tukang Tulis menerjah blog mereka tanpa tertinggal.Hehehe…Lihat contoh d bawah🙂
http://bloglarian.blogspot.com/
Buat masa ini, Si Tukang Tulis masih menambah senarai blog-blog yang menarik untuk diterjah. BlogLarian ini juga memberi kebebasan untuk mereka yang ingin bertandang secara ekspress. Anda boleh memilih set-set blog yang diminati dan membukanya dengan menekan ‘Pamer Blog’ ke tab yang baru. Bayangkan sekali buka tab, anda boleh terjah ke 5-10 blog dalam masa yang sama, cuma perlu bersabar sedikit…tapi berbaloi🙂
Mari kita mencuba dan sila kritik untuk menambah baik…BlogLarian ini hanya ringkas sahaja🙂
Akan cuba membuka Senarai Blog kepada sesiapa yang berminat.Sabar ye🙂
Posted in: MyBlogLife