Cabaran Menjadi …Editor 100penulis.com

Posted on December 2, 2010

5



Assalamualaikum…
Alhamdulillah, Sejak menyibukkan diri dengan blog, kini Si Tukang Tulis berpeluang menyertai keluarga 100penulis.com sebagai editor. Sebelum ini ada juga pengalaman menjadi editor untuk 2 prosiding seminar. Tapi masa tu, editor ikut kepala sendiri. Maka banyaklah keje ditanggung bersendirian. Kini nak jadi editor 100penulis.com pula!
Entah benar atau tidak Si Tukang Tulis ingin menyahut cabaran 100penulis.com. Maka secara rasminya Si Tukang Tulis akan terlibat dalam 3 blog berasingan. Furdunesia@nline, BlogLarian dan terbaru 100penulis. Doakanlah Si tukang Tulis mampu melakukannya dengan sehabis baik. Menyertai 100penulis bukan semata-mata untuk mendapat trafik tinggi atau imbuhan tambahan…ok la, ia hanya sekadar sampingan.hehehe. Sebenarnya Si tukang Tulis nak ambil peluang ini untuk menambah ruang Si Tukang Tulis menyampaikan maklumat dan info terbaru.
100penulis.com dah pun cukup dikenali sebahagian besar blogger. Banyak artikel menarik yang dipaparkan dan dihasilkan oleh barisan editor yang cukup kreatif. Si Tukang Tulis berharap, dengan memulakan silat karya di sini, ramaila yang beroleh manfaat darinya.
Jadi selepas ini, Si Tukang Tulis akan cuba sehabis baik untuk memberikan maklumat yang boleh membawa manfaat sesuai dengan bidang lapangan Si Tukang Tulis. Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dapat menambah kenalan di sini. Akhir kata, Selamat Membaca🙂
Semoga Bahagia dari Si Tukang Tulis
Posted in: 100penulis