Aku Blogger! So What???

Posted on December 1, 2010

11



Assalamualaikum…
Selamat Tengahari dan semoga bahagia. Sekali lagi nak join segmen Ben Ashaari yang terbaru. Kali ni Si Tukang Tulis nak kongsi kenapa Si Tukang Tulis buat blog ni. Jom Layan🙂
http://www.benashaari.com/2010/12/segmen-aku-blogger-so-what.html
Latar Belakang Si Tukang Tulis:
Salah seorang graduan UKM dalam bidang Mikrobiologi. Kini bertugas di UKM sebagai tutor. Berasal dari Pontian Johor dan kini menetap di Kajang. Suka membuang masa depan komputer, Boleh masak untuk perut sendiri (dan Padel) bila rajin dan menghidap penyakit ‘tak bole berenti baca buku bila dah mula membaca’. Maka hanya membaca buku bila terasa takda kerja.Hohohoho…
Soalan dari Ben Ashaari
1) Apa pendapat anda mengenai dunia blog ? 
Si Tukang Tulis merasakan dunia blog ni satu lagi medium untuk berkongsi ilmu dan berkenalan dengan sahabat baru. Bagi Si Tukang Tulis sendiri, Si Tukang Tulis mahu berkongsi info-info sains yang tak ramai suka membacanya kerana istilah yang pelik-pelik. Maka Si Tukang Tulis akan cuba memudahkannya semoga ramai yang boleh mendapat manfaat darinya.
2) Sepanjang anda menjadi blogger , apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami ?
Setakat ni lebih banyak positif dari negatif. Antara perkara positif, masa Si Tukang Tulis banyak dimanfaatkan untuk berkarya, membaca info baru dan berkenalan dengan blogger lain. Sebelum ni dapat jumpa Kak Ina KL masa premier screening Rapunzel: A Tangled Tale. Negatif setakat ni…banyak masa habis bukak blog kot :p terlalu rajin buka blog n nufnang.Hahaha
3) Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?
Ya dan tidak 100%. Secara umumnya, pasti ramai yang tertempah nama dalam dunia blog ni. Tapi sebenarnya Si Tukang Tulis hanya mahu berkongsi sedikit info yang ada dan keseronokan yang lain sebagai sampingan…antaranya dapat pendapatan sampingan dari Nuffnang :)Ilmu makin dikongsi, makin kayalah jadinya. Tapi harta bila dikongsi, semakin berkurang jadinya.
4) Banggakah anda menjadi seorang blogger ?
Itu sudah pasti🙂 Bangga dan gembira jika ada rakan yang beroleh manfaat daripada apa yang Si Tukang Tulis post di blog. Maka kepada rakan semua, jika ada en3 yang bermanfaat untuk diri dan ingin berkongsi, silakan. Jangan malu-malu. Apa yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri Si Tukang Tulis, walau pada hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah…
Semoga bahagia🙂
Posted in: MyBlogLife