Dasar Pandang Ke Timur, Jepun Dan Islam

Posted on November 30, 2010

2



Assalamualaikum…
Petang yang dingin dan kekenyangan🙂 Sedang membelek-belek artikel Dr. Maza, terjumpa pasal lawatan beliau ke Jepun baru-baru ini. Beliau telah menceritakan pengalaman beliau dan keunikan Islam di Jepun…Pasti ramai yang tak sedar bahawa Islam tersebar di jepun sedangkan jarang kita dengar mengenainya.
Apa uniknya Islam di Jepun?
Apa kaitannya dengan Dasar Pandang ke Timur dengan kita (umat Islam) di Malaysia?

Jika kita imbas kembali salah satu slogan Tun Mahathir semasa memerintah, beliau membawa slogan Dasar Pandang ke Timur bagi menukarkan skop pandangan rakyat Malaysia yang mengatakan kemodenan hanya boleh diperoleh dengan kebaratan. Ternyata konsep tersebut tidak benar apabila Jepun menjadi salah sebuah negara maju yang mampu menyaingi negara barat. Maka mengapa kita perlu mengikut telunjuk barat dalam segala urusan dalam negara kita? Jepun cemerlang dalam Kejuruteraan, Elektronik, Bioteknologi dan sebagainya…Sedihnya, kini slogan tersebut tenggelam sepertimana tenggelamnya Tun Mahathir dari era pemerintahannya. Tiada lagi kesinambungannya…diganti dengan ‘Islam Hadhari’…tenggelam dan kini ‘1 Malaysia’…

Selepas ini?
Daripada fakta sejarah, Islam bertapak di Jepun hanya dalam lingkungan 100 tahun sahaja. Masjid pertama di jepun ialah Masjid Kobe yang dibina pada 1934 dan Masjid Tokyo pada tahun 1938. Krisis dunia yang dipelopori barat terhadap Islam hanya membuka mata Jepun untuk lebih mengenali Islam…Benarlah bahawa dalam setiap ujian dan dugaan pasti ada rahmatnya…sama juga dengan kes paderi yang ingin membakar Al-Quran. Ramai yang membeli Al-Quran untuk membakarnya, tetapi ramai yang terpaut hatinya setelah membacanya. Sebahagian besar penganut Islam adalah imigran islam, wanita yang berkahwin dengan lelaki islam dan sebahagian kecil yang menjadi saudara baru.
Sedang barat menyebarkan ‘virus’ Islamophobia, Jepun ternyata tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah mereka. Malah, mereka mula membuka mata kepada kenapa Islam menjadi isu tentangan hebat oleh barat. bermula dari sini, lama-kelamaan, Islam mula dikenali oleh Jepun. Mereka bersikap neutral terhadap pegangan agama kerana mereka sangat menjaga kuat adat dan budaya turun temurun.  Mereka mengamalkan sikap ‘kaji dan selidik’ sebelum membuat keputusan dan teguh pendirian. Jika diteliti, adat dan budaya mereka sangat teguh dan terkandung banyak nilai-nilai murni yang mungkin kita sendiri tidak ada! 
Bagaimana dengan diri kita?
Sebagai contoh, sifat rajin bekerja, tepati janji, tepati masa, bangga dengan negara sendiri dan banyak lagi…Sedangkan mereka hanya diikat oleh adat dan budaya yang tidak menjanjikan syurga atau neraka…Jadi bagaimana dengan diri kita, masyarakat kita…anak-anak kita yang mewarisi masa depan. Jika kita tidak mampu melakukannya…sedangkan kita diikat oleh ‘Tali Allah’…Marilah sama-sama kita sembunyikan wajah ini…
Pokoknya di sini…cuba kita lihat diri kita…kemudian keluarga kita…lepas tu kita lihat pula anak-anak muda dan masyarakat kita…adakah generasi yang terbentuk betul-betul menampakkan ciri Islam iu sendiri? Atau kita sendiri juga sesat dalam era kemodenan dan kebaratan?
Di mana kita sedang berpijak?
Kemodenan…
Atau Kehancuran??!
Posted in: MyArticles