Bertentang mata dengan Kak Ina KL

Posted on November 30, 2010

4



Assalamualaikum…
Sekali lagi bertemu. Kali ni Si Tukang Tulis cuma nak memberitahu bahawa Si Tukang Tulis dan Padel sangat bergembira dapat bertemu dengan Kak Ina KL selepas menonton premier screening Rapunzel: A Tangled Tale minggu lepas. Mungkin en3 ni dah basi…tapi apa salahnya berkongsi ye tak?
Masa mula-mula datang segan gak. Ramainya orang macam kenal tapi kami segan-segan nak kenal. Yolah, sapelah diri ini yang bulat-bulat. Ngahahaha…Masa nak tengok tak perasan Kak Ina lagi, bila dah masuk, baru perasan Kak Ina masuk dengan anak dia yang kecik…dari belakang dah perasan🙂
Lepas habis cerita, memang teringin sangat nak jumpa, sebab penah sekali jadi sponsor kecik dalam satu contest anjuran Kak Ina, tapi Kak Ina berdesup laju betul dia melarikan diri…memang takda harapan la nak jumpa😦 Si Tukang Tulis terus ke parking nak balik. Masa nak bukak pintu tetiba nampak Kak Ina dengan dua anaknya datang ke parking…rupanya dia park dekat je dengan kitaorg!
Masa tu malu-malu lagi, Si Tukang Tulis pun senyum je nak masuk kereta. Masa tu barulah dia perasan Si Tukang Tulis. Lepas kenalkan diri kami berdua…borak terus kat situ.Hahaha…macam dah lama kenal. Memang ternyata Kak Ina seorang yang peramah🙂 Adala kat 5min bual dan masa terus mencemburui kami😦
Seronok dapat berkenalan ngan Kak Ina KL, antara blogger pertama yang kami kenal dalam dunia blog ni…
Semoga lepas ni dapat jumpa lagi🙂
Posted in: MyBlogLife