Berniaga atau Berkhidmat

Posted on November 30, 2010

12



Assalamualaikum…
Semoga sahabat semua sihat dan ceria. Mari kita memulakan hari dengan memantapkan niat melakukan kerja seharian kerana Allah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam…Jangan jadi macam Si Tukang Tulis, pagi-pagi lagi Si Tukang Tulis dah tak ceria. 
Kenapa tetiba emo ni…
Meh sini Si Tukang Tulis nak cerita sikit…

Ini semua gara-gara peniaga yang tidak beretika! Pagi tadi sebelum mula bekerja, singgah kat kafe fakulti untuk sarapan. Amik pinggan…amik kuey teow 2 senduk (macam makan tengahari, hahaha), ambil kentang macam kat KFC ngan buah tembikai tanpa air. Masa bayar kat kaunter, dia kata “RM 3.50 dik”…Si Tukang Tulis pun hulur duit RM50…bila dia amik duit, dia belek-belek pinggan Si Tukang Tulis pastu kata “RM 4 dik, adik amik banyak”. Tersentak Si Tukang Tulis, Eih! tadi kata RM3.50…tetiba dapat duit RM 50 terus up jadi RM 4. Memang agak bengang gak…teringin sangat nak cakap kenapa dari tadi tak kata RM 4 kalo banyak!

Bukan nak persoalkan tentang harga, biasanya kalau kita bagi barang kat orang, bila tarik balik orang kata buruk siku. Tapi kalo kes camni nak kata apa? Dari segi asasnya, akad yang dipersetujui RM 3.50. Tapi bole tukar balik sebab kata ‘adik amik banyak’. Dari tadi apa yang dia nampak? Sebelum-sebelum ni dah ramai rakan-rakan yang merungut. Tapi dalam hal makanan, Si Tukang Tulis tak suka nak persoalkan. Sebab jadi darah daging…Tapi kali ni susah sikit. Terlalu jelas peniaga tersebut berniaga untuk kepentingan diri dan bukan berkhidmat kepada pelanggan! Dalam masa yang sama, harga yang ditentukan tak setaraf dengan makanan yang diambil dan rakan di sebelah hanya membayar dengan harga yang lebih berpatutan berbanding SI Tukang Tulis.
Maka di sini Si Tukang Tulis ingin mengingatkan diri sendiri dan para sahabat. Jadikan kisah ini satu teladan. Nabi Muhammad pernah mengatakan bahawa 9/10 daripada rezeki datang dari perniagaan. Tapi kena ingat, Semasa Nabi Muhammad membawa barang dagangan Siti Khadijah, Baginda memberi contoh bahawa berniaga bukan semata-mata keuntungan. Tetapi perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan. Perkhidmatan yang baik menjanjikan pelanggan yang berterusan dan keuntungan yang berlipat ganda. Jangan berniaga macam banjir kilat, untung pun macam banjir kilat!
Posted in: MyDiary