Rawatan Sakit Pinggang: Western vs Islam

Posted on November 29, 2010

2



Assalamualaikum…
Nampak gaya idea Si Tukang Tulis hari ni sangat terhad. Kena mulakan perjalanan mencari ilham dulu baru bole mengarang. Sementara itu, Si Tukang Tulis ingin berkongsi artikel lepas yang telah di permudahkan. Artikel yang di maksudkan ialah artikel tentang sakit pinggang. Pasti ramai termasuk Si Tukang Tulis juga pernah mengalaminya. Jika dilihat dalam keywords atau referer sama ada Nuffnang atau blogspot, perkataan sakit pinggang boleh dikatakan setiap hari muncul. Kali ini SI Tukang Tulis cuma memaparkan adakah terdapat persamaan atau perbezaan pendekatan yang biasa kita tahu dengan kaitannya dengan solat.

Eh!? Ada ke persamaan?

Ada…Mari kita bandingkan…


Terapi rawatan sakit pinggang ‘Western style’ 

Banyak kajian dan rawatan yang telah dirumuskan oleh pakar-pakar daripada barat antaranya senaman yang telah ditunjukkan dalam gambar. kesemua senaman ini melatih atau menguatkan otot-otot dan fungsi regangan tulang belakang kita. Sebelum melakukan sebarang aktiviti berkaitan, kita perlu melakukan regangan otot-otot terdahuli bagi agar otot-otot dan tulang belakang kita tidak terkejut. sekiranya otot yang menyokong tulang belakang tidak mampu menanggung beban kerja yang dilakukan , tulang belakang akan menanggung beban tersebut lebih teruk daripada biasa. walau bagaimanapun, tak ramai daripada kita yang ada masa untuk melakukannya sebelum bekerja sama ada malas ataupun tiada masa (kalau kes Si Tukang Tulis…malas nak bersenam) bayangkan anda perlu melakukan senaman setiap hari sebelum melakukan aktiviti-aktiviti harian. Jika diperhatikan gambar di atas, terdapat beberapa persamaan yang asas antara senaman regangan tersebut dengan perlakuan dalam solat.
Solat sebagai terapi sakit pinggang
Jika sebelum ini kita merujuk kepada terapi yang dirumus oleh orang barat, Islam telah menyediakan rumusan paling mujarab 1400 tahun sebelum dulu lagi. Solat yang kita lakukan sehari 5 kali sudah lebih cukup untuk menjadi terapi kepada penyakit yang sangat terkenal ini. Adakah anda masih tidak percaya? sekumpulan penyelidik UM telah melakukan kajian terhadap pesakit yang mengalami sakit pinggang. Alat berteknologi tinggi digunakan bagi menguji kesan solat terhadap tekanan dan regangan yang dialami oleh pesakit sebelum dan selepas terapi solat. Daripada hasil kajian tersebut, di dapati terapi solat dengan melakukan gerakan-gerakan solat yang sempurna berupaya mengurangkan tekanan pada pinggang pesakit dan seterusnya menguatkan dan membetulkan kedudukan tulang belakang serta otot seseorang. Gerakan solat yang paling memberi kesan adalah semasa berdiri tegak, rukuk dan sujud. jika diamati dengan teliti, ketiga-tiga gerakan ini boleh ditemui dalam senaman yang dirumuskan oleh barat (seperti di atas). Persoalannya, siapa dulu yang melakukannya? tepuk dada tanya iman anda…
Rukuk yang sempurna
Rukuk yang tidak sempurna kerana tidak meluruskan tulang belakang
Rukuk yang sempurna iaitu 90 darjah mampu memberikan kesan regangan dan terapi yang cukup dalam membantu meraawat sakit pinggang. ini kerana, ketika rukuk, tulan belakang diluruskan selari dengan tulang pinggul dan kepala. dalam keadaan ini juga, kita akan rasa rehat pada kawasan pinggang dan ini juga membantu meregangkan otot-otot pada kaki kita. Proses ini seterusnya membantu mengkoordinasikan semula kedudukan tulang-tulang kita.dan memastikan tulang belakang berada dalam keadaan rehat dan tidak dikenakan daya berlebihan serta tidak menghimpit saraf tunjang. Kedudukan ketika sujud juda ada menyamai senaman yang telah dirumuskan oleh pakar perubatan barat (seperti di atas) antaranya senaman regangan tapak kaki, posisi quadraped dan senaman regangan Lats. ketiga-tiga postur tadi ada dilakukan dalam sujud semasa solat. Proses senaman atau gerakan dalam solat ini membantu mengembalikan fungsi normal dan berada dalam keadaan rehat otot-otot dan tulang belakang seterusnya memastikan individu tersebut tidak mengalami sakit pinggang.
Mungkin ada yang mempersoalkan kesahihan dan setakat mana kita boleh terima fakta ini.  Walau bagaimanapun, kita kena terima hakikat bahawa ‘teknologi’ Allah tak dapat di tandingi dengan teknologi manusia yang kerdil. Penemuan dalam kajian ini hanya menguatkan hikmah solat sebagai salah satu mukjizat Nabi Muhammaddi. Sesungguhnya sains dan Islam tidak dapat dipisahkan. Sains mengajak kita semua untuk menambah ketakwaan pada Allah yang Maha Esa. Sains bukan untuk menemukan sesuatu yang baru tetapi sebagai satu wadah membenarkan dan menambah keyakinan umatnya terhadap Islam…Allahu Akbar!SubhanAllah!Alhamdulillah!
Cubalah, anda pasti merasakan perbezaannya🙂

Rujukan
Posted in: MyScienceArticle