Ku dah Tak Percaya Lagi…!!!

Posted on November 29, 2010

4



Assalamualaikum…
Semoga sahabat semua sihat dan bahagia. Pasti ramai yang sibuk dengan pelbagai urusan kerja, tapi pastikan anda tidak lupa dengan urusan dengan Allah🙂 Kali ini Si Tukang Tulis terpanggil untuk berkongsi kerisauan yang melanda hujung minggu yang lalu.

Apa yang dirisaukan???

Hari Sabtu lepas, Si Tukang Tulis sempat melepak berehat di MidValley. Kebetulan sahabat baik Si Tukang Tulis ada seminar di sana. Ingat nak ajak dia jalan-jalan, rupanya Si Tukang Tulis pula kena seludup masuk dalam seminar tersebut. Tapi ok gak pembentangan yang di buat. Semua pembentangan yang dibuat berkenaan dengan perkembangan terkini dalam bidang Sains dan Teknologi daripada universiti di seluruh Malaysia. Tak rugi diseludup masuk. Hehehehe…
Balik pada topik hari ini, lepas tamat seminar, Si Tukang Tulis ambil peluang jalan-jalan kat MidValley, cari buku. Stok buku kat umah dah kering :p (macam rajin baca buku…tapi sebenarnya tidak). Lepas penat, nak cari makan pula. Punyalah banyak kedai makan sampai tak tahu nak pilih mana satu. Si Tukang Tulis terkilan bila diri sendiri was-was dengan kedai-kedai yang ada. Was-was dengan status halalnye. Sebelum ni banyak gerai yang dikenalpasti memalsukan logo halalnye. Kedai-kedai kat pasaraya ni pula camne? Bila dah was-was, kenela elakkan. Maka berlaparlah sampai ke rumah😦
Hari Ahad pula pergi pasar borong dekat ngan rumah. Disebabkan tak merancang nak beli barang apa, Si Tukang Tulis dah pusing keliling kedai dekat 3-4 kali. Bila ada idea nak makan apa (sebab perut lapar) baru laju cari barang. Masa tu berangan nak buat sup atau tomyam…Si Tukang Tulis cari egg tofu. Bila dah jumpa, ada 3-4 jenis dan semua ada tanda halal. Bila diteliti…pengeluar adalah dari kilang yang tidak meyakinkan! Tambah lagi was-was. Takda satu pun hasil dari ‘bumiputera’. Bila difikirkan kembali…Si Tukang Tulis terasa dikelilingi perasaan was-was. Sebahagian besar…bukan sebahagian kecil.
Apakah penyelesaian kepada masalah Si Tukang Tulis ini???
Kalau boleh Si Tukang Tulis nak buka satu syarikat yang mengkhususkan dalam menyediakan barang keperluan seperti tempe, egg tofu dan pelbagai lagi keperluan yang tidak disangkal lagi halal bersih dan suci…Jika diizinkan…Si Tukang Tulis ingin mencapai impian tersebut🙂
Semoga bahagia dan jumpa lagi…
Posted in: MyDiary