Memoir of a Celebrity To Be

Posted on November 28, 2010

3



Assalamualaikum…
Hari ni Si Tukang Tulis sangat gembira untuk salah seorang sahabat baik Si Tukang Tulis sejak sekolah menengah. Ini kerana si dia telah berjaya di pilih menjadi blogger pilihan dalam salah satu majalah di Malaysia iaitu Majalah Remaja edisi bulan 12. Pasti ramai yang sudah mengenali beliau. Si Tukang Tulis ni baru je masuk arena bergusti berblogging nih….Tak percaya? gi tengok gambar kat bawah ni🙂

The Beuty in Ugly

Gambar ni colek dengan izin dari blog dia http://danielzaidi.blogspot.com/
Kalau nak tau, dulu masa F5, Si Tukang Tulis duduk sebelah ngan dia dekat tepi pintu. Si Tukang Tulis selalu kantol tido dalam kelas dengan cikgu fizik ustzh Sarmi…cikgu lain tak penah pulak. ngan Ustzh Sarmi je selalu kantol…pelik…sangat pelik…Apapun, kami suka mata pelajaran fizik dan selalu bergaduh kacau cikgu fizik sampai dia tak bagi kitaorang masuk kelas tambahan fizik :s Tu cite lama la tapinye. hehehehe
Tau tak kenapa dia suka pakai cermin mata?
Sebab renungan dia boleh mencairkan atau meletupkan hati sesapa yang dia jeling…maka berhati-hatilah. Ngahahaha…

Semoga sahabat Si Tukang Tulis ini terus bergaya berjaya dan menghasilkan karya-karya yang boleh dibanggakan bersama.

Semoga bahagia sahabatku🙂

Posted in: MySahabat