Senaman Melalui Permainan Video?

Posted on November 26, 2010

2



Assalamualaikum…
Bertemu kembali di hari Jumaat yang mulia. semoga semua sihat belaka dan tak sabar menanti hari cuti. Sempena cuti sekolah, jangan biarkan anak-anak anda terpaku di hadapan tv dan tengok kartun je. Masa inilah anda perlu melakukan aktiviti sekeluarga. Walaupun dengan mencabut rumput di belakang rumah atau projek memandikan kucing-kucing yang dah lama tak mandi.
Walau bagaimanapun, kini zaman semakin maju ke hadapan, anak-anak kecil dah pandai guna handphone dan sibuk main game setiap masa dan kurangnya masa beriadah atau bermain di luar. Pasti ramai di kalangan ibu-bapa yang risau…Tapi, jika terdapat game yang menggalakkan senaman bagaimana? Pagi tadi tertonton tv3. Masa tu ada pensyarah dari UKM yang membincangkan isu senaman dalam permainan video
Senaman dalam permainan video?
Pemain masuk dalam game kah???
Ini sudah menarik…where do I sign?
Kini permainan seperti Wii telah berjaya menggabungkan aksi permainan video dengan pergerakan secara langsung oleh pemain. Terdapat banyak permainan Wii yang memerlukan pemain melakukan aksi sendiri supaya ia di terjemah terus ke dalam permainan tersebut. Kemajuan dalam permainan video kini telah membawa era baru dalam dunia kesihatan. Seperti Pensyarah HUKM katakan, orang zaman sekarang terlalu sibuk bekerja dan sebagainya hinggakan masa lapang menjadi terlalu terhad. Dengan adanya teknologi seperti ini membawa kepada integrasi penggunaan permainan video sebagai medium kesihatan.
Dari satu sisi yang lain, adakah permainan video kesihatan ini mungkin membawa kepada satu lagi masalah sosial di mana kanak-kanak kurang mengintegrasikan diri dengan alam, rakan sebaya ataupun mungkin membawa kepada toleransi terhadap penyakit yang lebih teruk? Mungkin pembentukan emosi individu hanya bergantung pada reaksi permainan video sahaja berbanding proses yang biasa kita lakukan. Bayangkan Individu tersebut hanya berinteraksi dengan Non-Playing Character (NPC) yang telah diprogramkan dalam komputer. Adakah kelakuan individu tersebut juga hanya terhad bergantung kepada program komputer?
Mungkin ada banyak lagi isu yang perlu diperjelaskan. Maka Pusat Perubatan UKM telah mengadakan satu simposium mengenai kesihatan dalah hidup kita. Maklumat simposium adalah seperti di bawah.
Dimaklumakan bahawa Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Masyarakat PPUKM akan menganjurkan SIMPOSIUM KEBANGSAAN PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA 2010 seperti berikut:

Tarikh   : 27-28 November 2010 (Sabtu_Ahad)
Masa    : 8.30 pagi – 5.00 petang      
Tempat : Auditorium, Pusat Perubatan UKM

Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan segala hormatnya menjemput Y. Bhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/ Puan menghadiri program yang dianjurkan ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga UKM dan orang ramai. Penyertaan walk-in diterima.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.healthconferece.my hubungi En. Mohd Rizam B Abd Rahman (03-9145 5909 / 013-341 5655).
Posted in: MyArticles