Pesan Sayidina Umar dalam mengawal nafsu

Posted on November 26, 2010

0



Assalamualaikum…
Selesai solat jumaat, maka bertebarlah umat manusia dalam menyelesaikan segala urusan dan mencari rezeki. Dalam mencari rezeki, Mulakan setiap perkara yang baik dengan niat “Aku lakukan ini dan itu hanya kerana Allah”. Diikuti dengan kesungguhan dalam melakukannya. Petang ni Si Tukang Tulis ingin berkongsi salah satu pesana Sayidina Umar kepada Saád Abi Waqqas ketika pembukaan Kota Parsi:
  1. Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saad dab juga mereka yang bersama-samamu supaya bertakwa kepada Allah s.w.t dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya takwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan
  2. Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersamamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
  3. Sesungguhnya orang Islam yang mendapat pertolongan daripada Allah disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika tidak, nescaya tidak ada lagi kekuatan bagi orang Islam
  4. Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera musuh, Kelengkapan kita tidak sehebat kelengkapan musuh, Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka! Jika kita tidak mendapat pertolongan Allah ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka
  5. Bahawasanya bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasimu dan para malaikat mewakili pihak kerajaan Allah untuk menjagamu.Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan. Janganlah kamu berkat “Sesungguhnya pihak musul lebih hina daripada kita, dan mereka tidak akan menguasai kita walaupun kita turut melakukan kejahatan”. Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada Bani Israil dulu yang akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang kafir Majusi(penyembah api)
  6. Mohonlah kemenangan ke atas nafsumu-nafsumu seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh-musuhmu. Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu

Mungkin hari ni kita lupa, maka mari sama-sama kita ingat mengingati semoga ia memberi manfaat kepada kita semua…

Semoga Bahagia