Review Rapunzel: A Tangled Tale 3D

Posted on November 25, 2010

11



Assalamualaikum…

Sebagai tanda penghargaan Si Tukang Tulis kepada Padel yang sudi berkongsi tiket premier screening Rapunzel: A Tangled Tale. Si Tukang Tulis kene buat review dan kongsi dengannya, Untuk itu, berikut adalah review untuk Rapunzel: A Tangled Tale.


Walt Disney Pictures presents RAPUNZEL: A TANGLED TALE, an action-packed, swashbuckling, animated musical comedy about the girl behind 70 feet of magical, golden hair.  A princess stolen from her parents’ castle as a baby, Rapunzel (voice of MANDY MOORE) is locked in a hidden tower longing for adventure.  Now an imaginative and determined teenager, she takes off on a hilarious, hair-raising escapade with the help of a dashing bandit (voice of ZACHARY LEVI).  With the secret of her royal heritage hanging in the balance and her captor in pursuit, Rapunzel and her cohort find adventure, heart, humor, and hair… lots of hair. 

With original music by Alan Menken and lyrics by Glenn Slater, this comedic re-imagining of the classic Brothers Grimm fairytale comes to theaters in Disney Digital 3D™.


Voice Cast: Mandy Moore, Zachary Levi, Donna Murphy
Directors: Byron Howard, Nathan Greno
Producer: Roy Conli
Composer: Alan Menken
Lyrics by: Glenn Slater


Sinopsis Animasi

Secara keseluruhan, animasi ini sangatlah Berbaloi-baloi untuk ditonton bersama keluarga mahupun pasangan. Mungkin ramai yang merasakan ia hanya olahan daripada kisah klasik Rapunzel. Ternyata Si Tukang Tulis sendiri pun tersilap. Ia lebih dari kisah klasik biasa. Dalam Rapunzel: A Tangled Tale 3D ini, plot cerita yang dipersembahkan sangat menarik dan menjanjikan kepuasan kepada sesiapa sahaja yang menonton.

Animasi ini membawa beberapa mesej tersirat dan Si Tukang Tulis akan biarkan penonton mencarinya. Plot bermula dengan asal-usul bagaimana Rapunzel dapat rambut emas, kemudian diikuti dengan impian Rapunzel untuk melihat fenomena yang sering terjadi semasa hari jadinya. Walau bagaimanapun, impian tersebut mustahil kerana dihalang ‘ibunya’ yang sangat menyayanginya atas kepentingan diri sendiri.

Plot setersunya berkembang dengan kehadiran hero, Flynn Rider secara tidak sengaja dan Rapunzel berjaya ‘memujuknya’ untuk membantu menunaikan impian tersebut. Terdapat banyak aksi-aksi menarik, luar jangkaan dan dugaan berlaku sehingga menggamit para penonton. Ini di meriahkan lagi dengan unsur-unsur muzikal yang menarik. Terdapat banyak perkara yang penonton tidak jangka berlaku tapi berlaku dan lawak-lawak yang spontan…walaupun ia dalam animasi!

Ia di teruskan dengan sedikit ‘twist’ yang dipelopori oleh ‘Ibunya’ dan seterusnya membawa kepada adegan-adegan aksi yang hebat oleh Heronya. Si Tukang Tulis taknak panjang lebar nanti hilang ‘suprise’ nye. Anda pasti teruja kerana unsur kejutan dalam animasi ini berlaku secara berterusan!

Sekiranya anda ingin menonton animasi Rapunzel: A Tangled Tale ini, pastikan anda memilih tempat duduk tengah dan ke hadapan. Kerana apa? Cuba lah dulu. Pasti anda akan merasa puas berbanding Si Tukang Tulis yang duduk di atas…dan jangan capai apa-apa yang keluar dari skrin! (Tapi ada orang kisah? Hehehehe)

Jom layan gambar-gambar Rapunzel: A Tangled Tale 3D

Siapa itu Flynn Rider sebenarnya?
Kuda Maximus ni ada personaliti kedua dan anda pasti tergelak melihatnya dan bertanya…kudakah???
Apa yang Flynn tak puas hati sebenarnya???
Apa ayat cliche ‘minah’ ni???
Aksi budak hijau yang sangat…..??????
Pastikan anda tengok reaksi muka-muka mereka dengan teliti!
Ada aksi yang ‘menggelikan’…eeuuuhhh!!
Nak Tahu apa guna kuali ni…pastikan anda Tengok Rapunzel: A Tangled Tale 3D…dan bersedia dengan pelbagai ‘kejutan’!

Posted in: MyMovie