Fakta Menarik: Susu Kambing Lebih Baik Dari Susu Lembu

Posted on November 24, 2010

12



Assalamualaikum…
Dah masuk waktu Zohor. Semoga sahabat semua sihat dan ceria di hari yang redup dan dingin ini (kat Bangi…hehehe). Kali ini Si Tukang Tulis ingin berkongsi berkaitan kebaikan susu kambing berbanding susu lembu. Si Tukang Tulis terdetik untuk berkongsi tentang susu kambing setelah memikirkan kenapa Orang Arab lebih meminati kambing daripada daging lembu. Banyak sirah Nabi Muhammad yang memperihalkan tentang kambing. Kambing telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Mungkin ada yang memberi alasan bahawa di padang pasir lembu tak boleh hidup sebab kurang rumput!
Walau bagaimanapun, SI Tukang Tulis mengajak sahabat semua untuk memandang isu ini dari sudut positif. Jika Nabi Muhammad memakan kambing, pasti ada rahsia yang besar dan kita tak sedar mengenainya. 
Apa rahsianya?
Dalam kajian saintis barat, mereka mula sedar tentang kebaikan kambing berbanding lembu. Antara produk yang banyak dikaji adalah susu kambing. Dalam satu kajian di University of Granada, Doctor Javier Díaz Castro telah berjaya membuktikan bahawa susu kambing lebih baik daripada susu lembu. Susu kambing berupaya untuk menghalang penyakit ferropenic anemia (kekurangan zat besi) dan seterusnya membatu dalam menguatkan tulang. Beliau telah membuktikan bahawa susu kambing mampu memulihkan kembali mencit yang mengalami simptom ferropenic anemia selepas pengambilan susu kambing.
Banyak lagi kajian yang telah dilakukan dalam mengkaji perbezaan susu kambing dan susu lembu. Daripada segi kandungan, susu kambing kaya dengan vitamin, mineral, unsur surih, enzim, protein, asid lemak dan sebagainya. Susu kambing  juga didapati mempunyai kandungan kalsium  (32.6%) yang lebih banyak berbanding lembu (29.7% sahaja) dalam kuantiti yang sama. Kandungan asid lemak yang lebih baik juga menjadikan susu kambing sesuai untuk mencairkan kolestrol dalam salur darah. Si Tukang Tulis merasakan, orang yang pening selepas makan kambing atau minum susu kambing adalah kerana kolestrol dalam salur darah mereka cair dan menyebabkan darah mengalir dengan laju ke otak dalam masa yang singkat…Lihat perbandingan kandungan susu ibu, susu kambing dan lembu di bawah.
Jadual-jadual di atas memberi penjelasan jelas mengenai kelebihan kandungan susu kambing berbanding susu lembu.
Dalam jadual ke-3, susu kambing mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat umur yang lanjut atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.
Daripada segi kesihatan pula, susu kambing hanya memerlukan 20 min untuk dicernakan berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dari 2 jam. Susu kambing juga sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu kerana susu kambing tidak mempunyai bahan penyebab alahan (antigen) dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang membesar. Susu kambing juga mampu menghalang muntah-muntah, penyakit usus, cirit-birit, sakit dada, masalah pernafasan dan banyak lagi. Ia juga sesuai sebagai bahan menjaga kesihatan kulit. Terdapat banyak lagi kebaikan Susu kambing dan boleh dilayari daripada beberapa laman web di bawah ini.
Rujukan:
Semoga para pembaca mendapat sedikit manfaat daripada rumusan ini. Jika ada tersilap, mohon di betulkan. Jom sebar-sebarkan jika bermanfaat. Tak perlu minta izin🙂
Posted in: MyScienceArticle