Tips study berkesan :)

Posted on November 23, 2010

4



Assalamualaikum…
Semoga semua sihat dan bahagia hari ini. Hari ini baru teringat yang calon SPM dan STPM akan memulakan peperiksaan. Teringat masa kat asrama dulu (Si Tukang Tulis belajar kat sekolah berasrama biasa je…hehehe) bila peperiksaan bermula (SPM 2003). Kami beramai2 berpakat untuk mencari set2 soalan percubaan dari sekolah berasrama penuh yang gempak2 dan memulakan analisis soalan yang akan keluar. Biasanya penggubal soalan datang dari sekolah macam tu jadi mesti ada cikgu yang ‘terselit’ soalan peperiksaan sebenar yang seakan-akan sama. Hehehe…
dan hasilnye…

85% soalan yang kami spot memang ‘right on the mark’ dan kami ramai2 tersenyum dalam dewan pekse.’Less Study with the Best Result’ Hahahaha…kecuali soalan Sejarah dan Bahasa Arab yang diubah set soalan :s Memang ramai2 tepuk dahi :p
Bila masuk matrikulasi dan universiti, corak pembelajaran berubah. Kita tak boleh hanya pandai. Tapi kita perlu pandai dan bijak dalam memahami pelajaran. Pandai menghafal tidak cukup untuk cemerlang. Kita mesti jadi Pink Panther Think Tanker baru boleh melakukan sesuatu dengan cemerlang. Sudah pasti belajar sesorang tidak cukup dan kita memerlukan rakan.Berikut adalah antara tips2 belajar yang dikongsi Si Tukang Tulis bersama rakan-rakan semasa di Universiti. Semoga ada yang boleh memanfaatkannya 🙂
1. Ajak kwn study group…kalo dia taknak, pakat lepak bilik dia pastu study. mesti dia segan dan study sekali.hehehe
2. Bila study, mulakan dalam keadaan tenang, dah solat, dah makan dan dah segalanya
3. Ilmu itu hak milik Allah, bila nak ilmu dia, mintalah darinya dengan doa dan solat. Bila mula belajar, jgn lupa niat kerana Allah. mudah2an Allah akan tolong kita masa jawap soalan
4. Jgn sesekali mengatakan apa yg dipelajari hari ni semata2 untuk peperiksaan. Cuba kata, apa yg dipelajari adalah untuk masa hadapan. InsyaAllah ia kekal dalam ingatan
5. Dan yang paling utama, jgn lupa minta ibu bapa doakan dan buat yang terbaik seperti nyawa anda di hujung tanduk dan tiada lagi esok untuk menyesal 🙂
Posted in: MyDiary