Idea: Malaysian Inventors Challenge

Posted on November 22, 2010

0



Assalamualaikum…
Si Tukang Tulis kembali lagi dengan sedikit perkongsian. Pagi tadi buat en3 hangin. Sebenarnya ia hanya cebisan idea yang datang pepagi sebagai satu peringatan buat Si Tukang Tulis sendiri. Kali ni, Si Tukang Tulis nak berkongsi sedikit mengenai rancangan IDEA: Malaysian Investors Challenge. Masa hujung minggu, Si Tukang Tulis sempat menonton rancangan ni bersama Oren…Ngahaha…(sebab sorang je kat umah).
Sebenarnya, Si Tukang Tulis terasa ter’pukul’ dan tercabar kerana merasakan diri ini tak dapat lagi nak menyumbang sesuatu pada masyarakat…huhuhu. Si Tukang Tulis sangat kagum dengan beberapa peserta yang mempunyai idea dan berani merealisasikannya dengan menghasilkan produk. Paling ter’pukul’ bila peserta yang terpilih sebahagiannya tiada kelulusan yang tinggi. Maka timbullah pertanyaan…Di mana peserta yang dari IPTA/S yang ramai di negara kita. Adakah idea mereka ini tidak cukup kreatif? Atau adakah kualiti mahasiswa di IPTA/S di negara kita semakin berkurang?
Salah seorang peserta daripada 4 yang terbaik hanya bekerja di kampung sebagai peladang. Beliau mencipta alat pengutip biji sawit. Idea yang ringkas tapi cukup menarik. Seorang lagi hanya pesara dan pernah di buang kerja semata-mata dia tak pergi ke satu mesyuarat penting gara-gara tayar ganti pancit. Dari situ dia berazam untuk melakukan sesatu agar tragedi yang sama tidak berulang. Maka beliau cipta alat mengesan tekanan untuk tayar ganti. Selama lebih 10 tahun mencuba dan beliau berjaya menghasilkan prototaip yang berfungsi. salah seorang blogger pun jadi peserta. Blogger ini ialah Ron.97.net dengan idea bahan material terbaru yang lebih kuat dan murah untuk kereta

Pemenang akan diumumkan pada minggu ini pada hari sabtu jam 7 malam di tv2. Pemenang akan diumumkan dan akan dihadiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir :) 

Selepas rancangan tersebut, terdetik dalam hati Si Tukang Tulis…’Apa yang boleh aku sumbang?…Cuba anda tanya pada diri anda🙂
Dr. Faez bersama Daphne Iking sebagai pengacara dan beberapa peserta
lagi di blog MPC
Posted in: MyDiary