Allah sayangkan Dia dan Dia pergi Dahulu…

Posted on November 19, 2010

4



Assalamualaikum…
Alhamdulillah, baru balik dari kampung. masa dalam perjalanan, sahabat Si Tukang Tulis masa matrik dulu hantar satu mesej sedih…Salah seorang sahabat baik Si Tukang Tulis telah kembali ke rahmatullah. Beliau ialah Sobri Husin. Arwah merupakan seorang yang sangat baik. Tak pernah sekalipun Si Tukang Tulis melihat beliau menyombongkan diri bila bersama sahabat lain. Tak pernah meninggikan suara bila berkata-kata dan sentiasa senyum dan ketawa bila bersama. Aktif dalam membantu sahabat-sahabatnya tak kira di mana sahaja. Selalu menasihati sahabatnya dan menyembunyikan masalah sendiri dalam dirinya…
Si Tukang Tulis terkilan kerana terlalu lama tidak ketemu dengannya. Bila diberitahu, Dia dah pergi meninggalkan Si Tukang Tulis terlebih dahulu. Baru semalam buat en3 pasal mati…rupanya peringatan berganda buat Si Tukang Tulis. Walaupun beliau mempunyai komplikasi jantung, beliau tak pernah merungut dengan ujian yang diberi oleh Allah padanya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang…Mulai hari ini juga, Si Tukang Tulis akan berkongsi blog arwah Sobri Husin http://kucinhutan.blogspot.com/ bersama rakan yang datang bertandang…
Sehingga saat menulis en3 ini…Si Tukang Tulis masih terbayang-bayang senyuman beliau yang dihiasi dengan gigi taringnya…sedih bukan kerana beliau telah kembali kepada Sang Pencipta, tapi sebab tak sempat ketemu dan bersama dengannya. Wahai sahabat ku yang baik…sudilah kau menunggu diri ini di sisi Sang Pencipta…
Kepada sahabat yang budiman, hargailah sahabat yang masih kita ada. lupakanlah segala duri-duri yang tumbuh sepanjang bersahabat. Kerana kita tak tau bila Allah nak jemput kita kembali ke sisinya…
Sobri Husin, hang kekal dalam hati kami semua (arwah duduk paling hadapan sekali memakai kopiah)
Posted in: MyDiary