Selamat Hari Raya Korban

Posted on November 17, 2010

0



Assalamualaikum…
Selamat Hari Raya Korban. Sekarang mesti ramai yang tengah sibuk menyambut raya korban. Si Tukang Tulis mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang menjalankan ibadah korban dan yang tidak berkesempatan janganlah bersedih.
Ibadah korban bukan semata-mata mengorbankan haiwan seperti lembu dan kambing sahaja (ayam tak termasuk senarai dalam haiwan obadah korban…hehehe). Ibadah korban sebenarnya membawa maksud yang lebih dalam lagi. Si Tukang Tulis pasti ramai ustaz-ustaz yang boleh menerangkan intipati ibadah korban. Jadi Si Tukang Tulis ingin menyentuh di sebalik ibadah korban, ada juga pengorbanan yang lebih besar perlu kita hargai.
Pengorbanan yang dimaksudkan adalah pengorbanan ibu bapa dalam mendidik kita menjadi insan yang terbaik. Mereka telah berkorban macam-macam supaya anak mereka menjadi ‘manusia’. Jangan sia-siakan pengorbanan mereka dengan melakukan perkara yang ditegah dalam Islam.
Hargai pengorbanan mereka dengan usaha kita ke arah menjadi insan yang berjaya dalam bidang yang kita ceburi, mempunyai akhlak yang terpuji dan bukan harta yang melimpah ruah semata-mata. Berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah. Dan menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Elakkan diri dari menjadikan Islam itu sekadar kepompong yang tidak ada di dalamnya Rama-rama yang cantik dan berseri.
Hanya sekadar peringatan buat diri Si Tukang Tulis🙂
Semoga bermanfaat dan berbahagia…