Diet orang berdarah O…

Posted on November 15, 2010

8



Assalamualaikum…

Pejam celik tido makan, dah jumaat rupanya, cuti hujung minggu pasti ramai yang merancang untuk berehat sepuas-puasnya. Untuk Si Tukang Tulis, hujung minggu merupakan peluang untuk cuba masak menu yang menyelerakan. Sebelum ni dah cuba nasi lemak ijau dari dapur tanpa sempadan yang di kelolakan abg Mat Gebu. Minggu ni tak tau lagi. ada hati nak try buat nasi baryani🙂 tapi kita hanya merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah pastinya yang terbaik. 

Sebut pasal makan, kita sambung tips diet untuk orang berdarah O.
Amalan yang disaran untuk diamalkan:
  1. Minum air suam/masak + 1-2 sudu besar air limau nipis/jus lemon. Jus lemon bantu fungsi hati dan pembuangan toksin (racun dalam tubuh)
  2. Memilih buah-buahan bersifat alkali (n3 sebelum ni kata org berdarah O banyak menghasilkan asid). Buah prun, plum baik kerana memberikan tindak balas beralkali kepada perut. Jus nenas juga baik untuk kesihatan kerana membantu mencegah perut kembung.
  3. banyakkan pemilihan sayur berdaun hijau seperti bayam (mcm Popeye la plak), kailan dan sebagainya kerana ia kaya dengan vit K yang penting untuk proses pembekuan darah. Kurangkan pemilihan sayur seperti kobis, bunga kobis, terung dan kentang.Jagung (baby corn, cornflakes) juga tidak digalakkan kerana kandungan lektin yang tinggi dan ‘memanggil’ penyakit diabetes type 2 (kurangkan manis dalam minuman dan masakan, tambah manis pada senyuman dan kata-kata…🙂 hehehe
  4. Menambah pilihan makanan berunsurkan protein yang sihat seperti daging kambing, daging lembu, ikan dan sebagainya. Daging ikan juga kaya dengan zat iodin yang diperlukan badan dalam meningkatkan keberkesanan proses pencernaan.
  5. Mengurangkan pengambilan makanan berasaskan karbohidrat seperti tepung, nasi, roti dan sebagainya. cukup dalam jumlah sederhana (Orang Asia memang makan nasi, nak buat camne???….hhmmmm. Kalo rote bole ganti roti oat.hehehe

Kenapa Si tukang tulis sibuk dengan diet berdarah O. Sebabnya Si tukang Tulis ni antara kumpulan berisiko kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Sekarang Alhamdulillah belum lg. Tapi selepas pengalaman masuk wad UKM, melepak kat wad Orthopedic dekat sebulan. Banyak pengajaran yang dipelajari…
  • Ramai pesakit kencing manis…kena potong kaki sebab bahagian tersebut dah kena gangrene, atau sudah busuk.
  • Hilang nikmat sihat…bla dah sihat, jarang kita mensyukurinya.
  • Hidup ni sementara sahaja, Mati itu pasti dan datang bila-bila masa. Sudahkah kita bersedia? Si Tukang Tulis pun tak pasti…
  • Hari ni mungkin kita seronok bershopping, makan sedap-sedap, beraya pg open house dan makan sampai kebuntangan!…bila datang sakit nanti semua itu hilang. Hanya sabar yang bersama kita…
Bila taip darah O, Arwah Din beramboi naik dulu…kenangan. Bukti bahawa Janji Allah akan sampai bila-bila masa. Moga Allah meredhai arwah.

Kesimpulannya, Hidup ini hanya sementara, kita akan dipersoalkan segala yang telah dibuat. Bumi ni kita tumpang, Tubuh badan hanya pinjaman, menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk menjaganya…

Rujukan: Buku Diet sihat bagi golongan berdarah O terbitan Synergy Media