Si Tukang Tulis Nak Balik Kampung

Posted on November 12, 2010

6



Assalamualaikum…
Nampak gaya hujung minggu ni Si Tukang Tulis nak balik kampung ye🙂 pastu nak sambung cuti terus sampai Raya Korban. Maka menyepilah blog ini buat sementara waktu. 
Walau bagaimanapun, Si Tukang Tulis akan cuba menyediakan sedikit santapan untuk mereka yang datang mengunjung nanti. Terima kasih kerana menyokong Si Tukang Tulis.
Dalam masa yang sama, Si Tukang Tulis ingin mengingatkan sahabat sekalian, jika berpeluang pulang ke kampung berjumpa ibu bapa…lakukanlah. Semakin hari mereka meniti usia, semakin hampir janji-janji Allah. Walau bagaimanapun, mati tidak mengenal usia. Ia datang bila sampai masanya…on-time. 
Janganlah sedih, janganlah pilu. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali. Marilah sesama kita sediakan sedikit bekalan agar ia berpanjangan selamanya. Seperti yang telah dijanjikan Rasulullah bahawa setiap anak adam akan mati dan terputus semua amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh.
Allah tidak melihat sejauh mana kuantiti ibadah dan amalan yang kita lakukan, Yang penting kita lakukannya kerana Allah. Bila kita bekerja, belajar, bersama keluarga hatta berehat di hujung minggu…jangan lupa kita selitkan niat segala apa yang kita lakukan adalah kerana Allah.
Semoga sahabat sekalian mendapat manfaatnya
Semoga bahagia dari Si Tukang Tulis🙂
Posted in: MyDiary