Keputusan Survey Kitar Semula

Posted on November 11, 2010

4



Assalamualaikum…

Hari ni Si Tukang Tulis ingin mengumumkan survey kitar semula yang telah di buat beberapa bulan yang lepas. Si Tukang Tulis berharap sahabat yang membaca akan mendapat sedikit sebanya manfaat terhadap survey ini. Sepertimana anda tahu, survey ini adalah untuk blogger yang sudi menjawap survey secara suka rela. Maka Si Tukang Tulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi bersama Si Tukang Tulis. Mari kita lihat…Apa kata Survey?

Boleh disimpulkan bahawa sebahagian besar pengunjung blog ini adalah para jelitawan🙂
Mojoriti tinggal di kawasan bandar dan tiada lagi istilah orang kampung tidak celik IT🙂

Adakah umur di sini melambangkan tahap kesedaran belia pada masa kini?
Sebahagian besar adalah pelajar dan penjawat awam memegang ranking kedua
Adakah ini bukti bahawa masyarakat Malaysia sudah tergolong dalam golongan berpendidikan berbanding 20-30 tahun dahulu?
Haaa…inilah taburan secara ringkas tempat asal mereka yang bertandang. sebahagian besar adalah di Lembah Kelang…yolah, kan banyak universiti kat situ🙂
Ok, main topic…berapa ramai dari kita blogger yang mengamalkan kitar semula? Ini secara ringkas membawa kepada sikap masyarakat sekitar kita sendiri. Tapi agaknya kenapa sikap kitar semula ini kurang di praktikkan?
Adakah ini jawapan kepada soalan sebelum ini? Kurangnya kesedaran kitar semula mungkin disebabkan kemudahan dan amalan kitar semula yang kurang dititikberatkan di dalam masyarakat atau institusi yang terbabit…secara am nya, berapa banyak tempat yang kita berkunjung yang menyediakan tempat kitar semula? Sangat sedikit. Jika sebahagian presponden adalah mahasiswa, adakah ini menunjukkan bahawa Universiti sendiri tidak menyokong kitar semula atau kita tidak peka dengan amalan kitar semula?
Maka apakah cadangan jalan penyelesaian? Daripada survey ini, ramai dari kalangan responden bersetuju bahawa tanggungjawab menanam kesedaran amalan kitar semula bermula dengan ibu bapa dan didikan awal kepada generasi akan datang. Maka marilah kita semua berpesan-pesan kepada diri dan rakan yang dikenali akan pentingnya amalan kitar semula dan dimana patut kita mulakan demi kepentingan generasi akan datang.

Kesimpulannya, amalan kitar semula bukan satu tuntutan tapi adalah pilihan kepada sesuatu yang lebih baik. Terpulang kepada diri kita setakat mana kita nak berjasa kepada alam ini. Sesungguhnya Allah telah mengamanahkan bumi ini kepada manusia yang bertindak sebagai khalifah atau dalam kata lain ‘manager’. Jika kita sebagai manager tamak dan tidak cukup dengan apa yang kita ada, maka jadilah kita insan yang rugi sepanjang hayat…fikir-fikirkanlah🙂

Posted in: MyProject