Maaflah Wahai Sahabat…

Posted on November 10, 2010

2



Assalamualaikum…
Alhamdulillah, dah lama tak update blog ni. Kepada sahabat yang tidak jemu menjengah, Si Tukang Tulis ucapkan ribuan terima kasih. Sebenarnya ada kisah di sebalik lama menghilangkan diri. Tapi kali ini, Si Tukang Tulis masih tak sedia nak bercerita. Hehehe…Kalo ada masa dan peluang nanti, Si Tukang Tulis cerita.
Jadi sekarang kita nak cerita pasal apa???
Ni gambar masa kami pergi seminar di kelantan. Berenti tepi sawah nak amik gambar semata2…
Hari ni Si Tukang Tulis nak berterima kasih kepada padel (http://bacto.blogspot.com/) yang telah banyak membantu Si Tukang Tulis untuk beberapa hari ni dalam menyelesaikan masalah dugaan Si Tukang Tulis.
Hidup kita tak lari dari pelbagai ujian dan dugaan. Sebahagian daripadanya terlalu berat sehingga tak tertanggung apabila bersendirian. Maka peranan rakan atau sahabat sangatlah penting dari segi moral mahupun bantuan yang dihulurkan. Janganlah kita sesekali merendahkan sahabat kita semata-mata hari ini kita lebih baik, senang dan bahagia dari mereka. mana tau satu hari nanti kita memerlukan mereka. Maka jagalah hati mereka dan raikanlah mereka…
Ini adalah peringatan buat Si Tukang Tulis semoga coretan ini memberi manfaat kepada sahabat yang membaca. Sekiranya ada yang tersilap, nasihatkanlah, bila kita lupa, ingatkanlah dan bila kita mati…redhakanlah. Semoga Allah memberkati ukhwah kita dan meredhai kita semua hingga akhirat nanti.
Posted in: MyDiary