UMUR: Biar Panjang atau Berkualiti?

Posted on November 2, 2010

20



Assalamualaikum…
Sebelum mula bertapa, Si Tukang Tulis ingin berkongsi sesuatu di sini. Hari ni dah masuk 2 November, ramai sahabat di FB yang menyambut hari lahir. Dalam masa yang sama, Si Tukang Tulis semakin hari semakin merasakan diri ini semakin tua…hehehehe.
Dalam berbicara hal umur, kita sering mengucapkan atau mendoakan semoga sahabat tersebut panjang umur dan murah rezeki. Pada hakikatnya umur kita semakin hari semakin pendek! Kenapa kita ucapkan semoga panjang umur? Semakin hari kita semakin hampir dengan tirai ajal maut kita…hanya kita sahaja tidak sedar bila dan bagaimana. Inilah hikmah Allah merahsiakan ajal maut kita. Kalau manusia tahu bila dia akan mati, pasti huru-hara dunia sebab…ramai yang nak merasa buat maksiat dulu pastu sebelum sampai ajal dia taubat nasuha…Tapi, perkara ini tak terjadi kerana Allah menyembunyikannya.
Jadi kenapa kita doakan sahabat kita panjang umur? Panjang umur yang dimaksudkan perlu dilihat dari sisi kualiti umur yang masih berbaki. Pernah tak kita terfikir, selama kita hidup ini, adakah kita memanfaatkan umur kita sebaiknya? Adakah kita yakin amalan yang telah kita buat selama ini cukup melayakkan kita ke jannah? Adakah kita yakin dosa kita selama ni Allah dah ampunkan? Adakah dengan ‘panjangnya’ umur kita, semakin hampir kita dengan rahmat Allah?
Secara ringkasnya, kita semua perlu bertukar kepada menjadikan umur kita berkualiti, mendoakan agar umur sahabat kita juga berkualiti. Bagaimana? Seperti yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad saw dengan bersedekah jariah, mengajarkan ilmu yang bermanfaat dan mendidik anak yang soleh. Selain itu, dengan menambah amal ibadat, merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang telah diperoleh dan juga menghubungkan silaturahim….Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan mati. Dan mengingati mati adalah perbuatan orang-orang yang bijak.