Hari Isnin Hari Untuk Bertenung…

Posted on November 1, 2010

20



Assalamualaikum…
Alhamdulillah, hari ni da mula kerja. Tak sangka lak pagi ni sibuk semacam. Sekarang nak curi masa sikit nak lekat apa yang ada dalam kepala kat blog ni jap🙂 hujung minggu tak sempat nak update sebab sibuk dengan kenduri dan sebagainya. hehehe…
Pagi ni ada ceramah dari pensyarah luar negara pasal mutasi gen (ketidak normalan protein) dalam metabolisma manusia. Nak bincang panjang-panjang Si Tukang Tulis tak reti sebab bukan dalam bidang🙂. Secara mudahnya, di menceritakan tentang penemuan gen yang termutasi dan seterusmya mengakibatkan penyakit kronik di kalangan manusia. 
Apa yang Si Tukang Tulis nak bawa sebenarnya dari segi attitude penyelidik ‘mat saleh’ ni. Terdapat satu jurang perbezaan yang sangat besar antara sikap penyelidik ‘mat saleh’ dengan kita rakyat Malaysia. Mereka membuat penyelidikan atas dasar ‘i’m very interested to know‘ atau minat mempelajari rahsia di sebalik sesuatu. Tapi sebahagian rakyat di Malaysia melakukan atas dasar ‘That is my work!‘. Beliau menceritakan jalan cerita penyelidikan beliau bermula dengan rasa tanggungjawab untuk meneruskan hasrat rakannya yang meninggal dunia. Dari situ, penyelidikan beliau bergerak dan pelbagai jenis persoalan timbul atas dasar minat dan rasa ingin tahu beliau.
Terdapat juga sikap lain seperti sifat mereka yang suka kepada idea-idea ‘gila’ manakala kita lebih suka mengkritik dan hentam sampai luluh…Adakah sikap ini yang menjadikan rakyat kita lambat untuk maju? Mari kita tenung-tenung…
Posted in: MyDiary