Tak sempat nak mengarang…Kehebatan KOPI yang Sebenar!!!

Posted on October 20, 2010

30



Assalamualaikum,
Dua tiga hari ni tak sempat nak mengarang. Tapi taknak hampakan sahabat yang datang menjengah, jom layan antara en3 terhangat di Furdunesia@nline. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada rakan2 sekalian. Percayalah bahawa kita banyak tertipu dengan propaganda barat dan yahudi…
Entry ni ilham masa Si Tukang Tulis balik kg kat Pontian. Pg2 bangun mak tengah bancuh kopi. pastu dia pelawa Si Tukang Tulis minum skali…taktau kenapa Si Tukang Tulis trus minum, selalu tak minat kopi2 nih…dia punya Kaww!!!…trus jd peminat kopi sampai la ni. hohoho. Tapi ada ramai org kata kopi tak bagus! Betul kah? Untuk itu Si Tukang Tulis dah cari beberapa maklumat terkini (2010) yg mungkin menarik untuk di kongsi bersama…Jom kita Lihat…
 
Kopi dan Kesihatan?
Kajian peringkat awal saintis Amerika membuktikan bahawa kopi baik untuk kesihatan. Ia mengandungi beberapa nutrien pntg dan beratus-ratus bahan bioaktif yang menggalakkan kesihatan badan kite. Kopi juga boleh mengurangkan keradangan (lebam2) dan meningkatkan penghasilan kolestrol baik (Low Density Lipid/lipoprotein @ LDL)
maklumat lanjut klik sini
Kopi dan Kencing manis?
Satu lagi kajian dibuat oleh saintis Amerika yang berjaya membuktikan bahawa kefein dalam kopi berperanan untuk mengurangkan risiko menghadapi diebetes typ 2 (kencing manis). Walaupun kajian dilakukan menggunakan mencit, kajian telah menunjukkan mencit yang diberi minum air kopi tidak mengalami simptom kencing manis. Ini kerana kafein yang hadir menghalang peningkatan gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin (hormon yg penting dlm mengawal gula dalam badan)
maklumat lanjut klik sini
Kopi dan Kanser!
Kanser antara penyakit yang paling di takuti oleh org zaman sekarang…kanser peparu, kanser payudara, kanser prostat…dan mcm2 lg lah…ntah ada bape banyak pun da tatau😛
Dua kajian daripada universiti yang berbeza menunjukkan bahawa org yang minum kopi berupaya mengurangkan kadar risiko menghidapi kanser prostat dan payudara! tak percaya? kajian ni berdasarkan survey di mana peminum kopi boleh mengurangkan kadar risiko kanser prostat sebanyak 60% berbanding yang tidak minum kopi walaubagaimanapun, agen yg terlibat masih belum dikenalpasti dan ianya bukan kafein.
Berbeza pula di dengan kanser payudara…wanita yang meminum ‘brewed’ kopi scandinavian 4 kali sehari mampu mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 80% berbanding mereka yang minum hanya sekali sahaja. Kajian menunjukkan kopi tersebut mempunyai asid lemak yang merencat pertumbuhan sel kanser…
maklumat lanjut klik sini
Mcm tak percaya kan? patotla org Arab suka minum kopi berbanding teh…walau bagaimanapun, semua fakta diambil daripada laman web ScienceDaily yang melaporkan berita-berita daripada jurnal2 yang telah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa dan penemuan ini masih baru dan pasti banyak peluang penyelidikan…
TETAPI…
Bagaimana dengan ‘instant coffee’ dan kopi 3in1?
-baru-baru ni terdapat beberapa artikel tentang bahaya krimer daalm 3in1 dan juga gula tiruan yang digunakan. Gula tiruan yang terkenal sebagai artificial swetener juga bahaya kerana menggunakan bahan kimia yang membahayakan kesihatan..jika benar…perlu mencari perbincangannya.

Ada sesapa yang sudi berkongsi?

p/s: aku taip ni sambil ngidam nak minum kopi kat kg…hahaha