Kenapa Anda Perlu Bayar Indah Water

Posted on October 18, 2010

0



Assalamualaikum…

Student yang kene paksa pergi.hahaha
Semoga sahabat blogger semua dalam keadaan yang sihat dan bahagia. Hari jumaat yang lepas, Si Tukang Tulis telah dijemput oleh Dr. Nazlina (pensyarah UKM) untuk bersama-sama menyibuk dalam satu rombongan pelajar Mikrobiologu UKM ke Indah Water. Pada mulanya nak pergi Indah Water di KL, tetapi pihak Indah Water tak dapat menunaikannya. Walau bagaimanapun, kami semua di jemput untuk ke Indah Water di Putrajaya.
Pasti semua orang tahu apa kerja Indah Water kan? Ya betul. Mereka bertanggungjawab dalam menjaga sistem kumbahan di Malaysia kecuali beberapa negeri seperti Johor dan Sarawak. Bayangkan jika mereka tiada? Tetapi ramai juga di kalangan rakyat Malaysia memandang ringan fungsi mereka. Ada yang mempersoalkan kenapa perlu bayar mereka? Sebulan RM8 tu! Bukannya diaorang buat kerja pun, datang dua tahun sekali… dan banyak lagi suara-suara sumbang yang kedengaran. Kalau tak puas hati, apa kata buat trip ke sini dan dengar penerangn mereka.

“A modern and efficient sewerage system is vital for the country so as to ensure that wastewater is treated before being discharged into our rivers. This will help preserve the country’s waste resources, protect public health and provide a cleaner and safer environment.” http://www.iwk.com.my/f-corporate.htm
Lawatan ke Indah Water banyak memberi info berguna kepada Si Tukang Tulis dan sangat menghargai jasa mereka. Dalam diam, sebenarnya merekalah ‘wira’ di sebalik kemajuan negara. Berikut adalah sedikit fakta menarik tentang indah water:
  1. Syarikat Indah Water telah diiktiraf oleh Asia sebagai syarikat perkhidmatan terbaik di Asia dan telah menerima banyak anugerah bertaraf dunia.
  2. Penerima anugerah ‘Malaysian Water Award Management 2005 (http://www.iwk.com.my/news-press-050906.htm)
  3. Indah Water tidak menggunakan sebarang bahan kimia dalam proses nyahkumbahan di loji-loji. Mereka menggunakan mikrob-mikrob dalam proses pembersihan sebelum air dilepaskan ke sungai. Kualiti air yang dihasilkan mencapai paras kualiti A yang selamat untuk dilepaskan ke sungai.
  4. Mempunyai teknologi dan kepakaran yang cukup dalam mengendalikan jentera-jentera dan makmal yang cekap dalam mengawasi sistem kumbahan yang dijalankan
  5. Sebulan bayar RM8, tapi jentera-jentera yang berfungsi setiap hari memerlukan lebih dari RM80 000 sebulan untuk terus berfungsi. Bagaimana mereka masih boleh beroperasi?
Apa yang akan terjadi sekiranya mereka tidak berfungsi? Secara mudah, ini satu kronologi sekiranya Indah Water tidak mempunyai kebolehan, teknologi dan kepakaran dalam mengurus sisa kumbahan. Sisa-sisa kumbahan akan berkumpul di rumah > Persekitaran menjadi kotor dan berbau busuk > Penduduk mengalami jangkitan penyakit berjangkit/wabak > Rakyat menjadi tidak produktif kerana kualiti kesihatan dan kehidupan yang rendah > Negara tidak maju dan rakyat terus menjadi miskin…
Itu hanya kronologi mudah. Maka di sini, Si Tukang Tulis menyarankan kepada semua pembaca untuk membayar bil Indah Water mereka. (hehehe…kempen Si Tukang Tulis ini tak berbayar tau). Nak terang panjang lebar tak larat korang nak baca nanti…Jom Layan gambar-gambar lawatan Si Tukang Tulis.

Selama hidup tak pernah pergi Indah Water kot :p

Staf2 yang komited: Kak Norin, Kak Nora, Kak Ila, Dr Naz dan Kak Ayu (bkn student tau…walau dia paling kecik)  
Dah tau nak pegi tempat camni korang pakai selipar…memang kena bambu la korang jap lagi…
Ni la loji kumbahan korang…Ikan pun ada yang tersesat. agak2 macam mana ikan tu leh sesat
Sape nama penceramah ni… bole masuk2 terus start ceramah. Tak kenalkan diri trus potpet2

Korang tengok ape tu? Khusyuk tol :p
Ni En Penceramah nak demo camne nak mandi guna alat ni…
Banyak maklumat yang dikongsi En Penceramah, dia tak lokek dan ceramah dia pun best. Contoh orang yang komited ngan kerja. Dulu dia malu nak ckp keje kat Indah Water, Tp sekarang bangga gile
Kali ni tukar penceramah. Pass baton kat Penceramah no2. Masa ni semua tengah tengok kolam kumbahan…kenapa warna cklat n buih2?…hahaha…korang teka la sendiri
“Dik..Bek2 tengok tu. Kalo tejatuh abg tak tolong…dalam kolam 7 meter. ada 17 kes jatuh dalam ni dan 17 kes mati lemas. No survivor!” Kata En Penceramah no2
Ni air kumbahan yang telah dirawat dengan mikroorganisma. Semua proses ini mesra alam
“Keje kat sini memang ada bau sikit. tapi yang bau tu bukan abg, ni ‘barang’ baru sampai. Kalo dah proses, leh buat baja lagi
Si Tukang Tulis dengan 2 pembantu makmal yang kene paksa pergi gak. hahaha